sape dajjal tu
NI ke DAJJALLLLLLLLLLL?????????
Dari Abu Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasulallah s.a.w. telah berkhutbah di hadapan kami. Di dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda :
“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Jika dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga diri”. “Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya”. “Pada mulanya dia mengaku sebagai Tuhan, ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu melihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan yang baharu. Dan juga diantara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya adalah syurga sedangkan syurganya itu pula adalah neraka, yakni panas. Sesiapa diantara kamu yang diseksa dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk”.
Diantara tipu daya Dajjal juga ialah dia berkata kepada orang arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu berkata: “Tentu”. Maka syaitan pun datang menyamar seperi ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia(dajjal), sesungguhnya dialah tuhanmu”. Diantara tipu dayanya juga dia menipu seseorang manusia, yakni dia bunuh dan membelah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang yang mati itu hidup semula. Kemudian Dajjal Lanatullah Alaih itu berkata: “Siapakah Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah”. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga”.

Comments