BUATMU SAHABAT

Message tazkirah

- Sekuat mana pun godaan yg kita hadapi,sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani,sebesar mana pun kgagalan yang kita rasai,sejenuh mana pun hari2 yang kita lalui,jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi,jangan pernah berhenti berdoa kepada Rabb kerana harapan adalah ms hadapan,kerana harapan adalah sumber kekuatan,kerana doa adalah pintu kebaikan dan kerana doa adalah senjata orang beriman.

- Manisnya persahabatan kerana manisnya iman,diikat kuat bukan kerana aliran darah,tetapi dipatri kerana Allah,bersabar dengan karenah insan dan menegur dengan kasih saying kerana enggan berpisah di hari pembalasan

-Jangan ditanya apa yang islam berikan pada kamu,tapi tanyalah apa yang kamu berikan untuk islam,dan ingatlah islam tidak memerlukan kamu,sebaliknya kamu yang benar2 memerlukan islam.berjuanglah habis-habisan untuknya.

-Perjalanan hidup makin singkat,ruang yang diisi makin padat dengan urusan dunia..kealpaan memenuhi pelbagai impian..belum terlewat menoleh ke belakang dan sesungguhnya demi masa, kita bakal menjadi insane yang rugi..kecuali yang beriman dan yang beramal soleh,berpesan dengan kebenaran dan kesabaran..

-Mengejar impian itu memang memenatkan,kadangkala mengundang putus asa..hakikatnya,yang penat itulah bakal memberikan pulangan yang berharga..semoga diberi kejayaan dalam keberkatan…

-life is test..islam is best..solat is must..akhirat is for rest..world is only dust..if Quran in chest..nothing need next..obey Allah first..success will be next..

-ketahuilah sahabatku..kesusahan dan penderitaan ituadalah jalan menuju kebahagiaan dan kejayaan..seperti layang2 yang terpaksa hadapi angina kencang untuk bolehkan ia terbang tinggi..

-makanan yang paling lazat adalah setelah lapar..dan air yang paling segar adalah setelah haus..tidur yang paling nyenyak adalah setelah penat..dan kejayaan yang paling indah adalah setelah berkorban..

-berjuanglah selagi nadi masih berdenyut,kerana perjuangan kita tak akan berakhir selagi maut tak menjemput dan selagi kiamat belum menjelang..sabarlah sahabatku atas setiap ujian yang menimpa

-Ya Allah..bawalah aku kesisiMu,limpahkanlah aku dengan ketenanganMu,kenakan kepadaku busana kecintaanMu..meskipun seluruh dunia diciptakan untukku,sesungguhnya aku dicipta bukan untuk dunia.

-semoga Allah memenuhi hajatmu sahabat kerana dirimu banyak memenuhi hajat orang lain..Semoga Allah memudahkan urusanmu kerana dirimu selalu membantu bagi memudahkan urusan orang lain..Pelihara setiap langkahmu agar dikau sentiasa mendekatiNya..Allah sebenarnya tak jauh daripada setiap hambaNya..hanya hati yang tak merasai kewujudan dan rahmat Allah,serta kefahaman yang tak betul terhadap agamaNya selalu menjauhkan perasaan manusia dari mengingati Allah..

-sesungguhnya seseorang takkan dapat memiliki ilmu pemahamn(wawasan) yang baik sebelum ia membenci orang lain kerana Allah swt kemudian kembali kepada dirinya sendiri maka ia lebih membencinya kerana melakukan laranganNya..

-teman..jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amran2 Allah..Jika aku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dengan tarbiyyah Pencipta..jika aku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..jika antara kita ada tembok yang memisahkan,ajaklah aku meleraikan segera..jika sekarang hatimu terluka,luahanlah agar aku berubah..dan jika aku terlena tanpa terjaga,ziarahilah pusaraku dengan kalungan doa..

-jadikanlah yang tebal itu iman,yang nipis itu lidah,yang tajam itu akal,yang lembut itu hati,yang ringan itu solat,yang halus itu suara,yang luas itu ilmu dan yang manis itu senyuman..

-tatkala hati teringat sahabat,terfikir diminda adakah aku juga ada dalam hati kalian..tatkala hati rindukan sahabat,terfikir diminda adakah aku juga dirindui..tatkala hati berat untuk melangkah pergi,hati tertanya adakah kalian ingin bersamaku lagi..mengapa rindu benar aku pada kalian..moga doaku diterima agar aku takkan kehilangan sahabat seperti kalian..

-dalam kesibukan membuat tugasan,jangan terabai perintah Tuhan..dalam keghairahan mencari harta,syukurlah paling utama..wahai diriku yang sering lupa,muhasabahlah seketika,jauh mana jarak hatiku dengan Pencipta.

-Perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman.mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwah..istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan..semoga ikatan ukhuwah ini terbina untuk selamanya..

-jangan bimbang menghadapi segala penderitaan sebab semakin dekat cita2 tercapai,semakin banyak penderitaan..kita sering mengimbas kembali kenangan yang lalu tetapi jarang sekali berusaha mengejar impian hari esok.

-kegagahan wanita:kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan..wanita yang gagah adalah wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan.wanita yang tidak takut pada kemiskinan.wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.wanita yang tidak meminta2 agar dipenuhi segala keinginan.kegagahan wanita berdiri di atas teguh iman.seluruh kegagahan yang ada pada siti khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita..

-bila engkau letih dan hilang semangat,Allah tahu betapa engkau telah mencuba sedaya upaya..bila tangismu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,Allah megira setiap titis air matamu..bila engkau merasakan hidupmu ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu,ingatlah Allah masih setia disisimu..

-dalam riak wajah,ada pancaran dakwah..dalam tutur bicara,ada gema tarbiyyah..dalam gerak langkah,ada semangat mujahidah..kita lupakan wajah yang layu,kita tinggalkan bicara yang pilu,bangkitkan perjuangan tatkala yang haq mendabik megah,dan kebatilan akur menyembah..Allah tahu bahawa kita pernah bersama,menyeka peluh dan air mata,demi islam tercinta..

-pengorbanan Ibrahim patut dicontohi,ketaatan Ismail wajar diikuti,kesetiaan Hajar lambing kasih sejati..bersama hayati erti pengorbanan sebenar.

-tidak semua kebaikan datang dengan kebaikan..tidak semua hasanah datang dengan kemuliaan..tidak semua kebahagiaan datang dengan perkara yang kita sukai..sebaik-baik teman adalah sabar..seindah-indah perhiasan adalah doa..lahirnya redha adalah apabila kebahagiaan kita menerima ujianNya sama seperti gembira kita menerima nikmatNya.. Dरपद; SAHABATKU

Comments

Anonymous said…
Assalamu'alaikum
Nice to see and read your blog, i really like it, indeed.
two thumbs up for you

Wassalamu'alaikum

Popular posts from this blog

Apakah erti Hadas Kecil dan hadas besar?

Syak dalam solat