Pengenalan Penyakit 'Ain
Penyakit 'aib ialah sesuatu kesan yang berlaku atas individu akibat terkena panahan mata , iaitu seseorang yang mengaguminya dengan penuh rasa hasad dalam individu tersebut.
Imam Al Jurjani pula mengatakan penyakit 'ain ialah racun yang telah dijadikan oleh Allah pada panahan daripada pandangan penuh kekaguman terhadap sesuatu dan tidak menyandakan kekaguman tersebut pada pada Allah.
Dalam memahami tentang penyakit 'ain, ada pendapat mengatakan penyakit 'ain adalah merujuk kepada memandang sesuatu yang disertai dengan pandangan hasad dengki dan iri hati yang cukup kuat daripada jiwa yang kotor sehingga mendatangkan musibah bagi orang yang dipandangnya.
Ia mungkin juga boleh berlaku apabila seseorang yang memandang dengan penuh hasad dengki dengan niat untuk menderitakan orang yang dilihat itu.
Ada juga pendapat mengatakan penyakit 'ain berlaku di atas pandangan yang didasarkan kepada kekaguman semata-mata tanpa ada sekalipun sifat hasad. Bahkan boleh juga berlaku kepada orang-orang soleh dan para alim ulamak.
Comments