Diariku (Ayahku Radzi)
Hari ini ku gagahkan kaki untuk ke masjid. Meskipun penat berharian dengan isteri keluar untuk persiapan kelahiran putra sulong kami. Tambahan pula, fikiranku celaru memikirkan pencarian pencarian rezeki yang hampir dua bulan tiada pekerjaan tetap selepas tamat bergraduasi di Jordan. Ahhhh. Pedulikan.. Aku terus bingkas bersiap ke Masjid dengan harapan supaya ada perubahan dalam kehidupanku dan ada teguran Allah yang mengetuk sanubariku.
Istimewanya kuliah di masjid pada hari ini, tajuk kuliah berkenaan " dajjal zaman akhir zaman". Aku menghayati sepenuhnya kalam serta pengisian dari pak ustaz tanpa lelapan mata kepenatan dek kepenatan fikir di tengah hari. Jemaah yang lain pun begitu, dongakan kepala tanpa tolehan, duduk sila yang tetap rapat tanpa ubah lipatan kaki. Pak ustaz membawa kami menjelajahi peristiwa hari besar tanda-tanda akhir zaman, membuatkan aku dan para jemaah tekun mendengar dan gerun dengan kekalutan pada akhir zaman. Nanti siri akan datang aku cuba kongsikan berkenaan fonomena akhir zaman dan karakter dajjal, in sha Allah.
.......
Seusai sahaja kuliah dan solat isya berjemaah. Ketika zikir imam selepas solat tetiba fikiranku menerawang seketika dan aku rasa ini adalah teguran Allah untukku . Aku teringat dulu-dulu masa kecilku mana ayah aku banyak menyimpan gambar² artis-artis nasyid. Gambar tersebut di dapati daripada surat khabar lalu diguntingnya dengan cermat lalu dikoleksikan dalam satu fail. Antara artis-artis nasyid pujaan ketika itu raihan, hijjaz dan kumpulan rabbani. Istimewanya dalam koleksi tersebut ayahku letakkan gambar² Tuan Guru Nik Abd Aziz , Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , Ust Fadhil Noor dan ulamak-ulamak terkenal ketika itu. Yang paling berharga bagiku gambar anak-anak arwah che beli yang berjaya menjadi membawa title "hafiz" diselitkan juga dalam koleksi fail tersebut. Aku adik beradik yang paling suka membelek fail-fail tersebut. Zaman itu, kami tiada alat-alat hiburan seperti muda mudi masa kini yang penuh dengan gadget dan alat peranti hiburan yang lain. Maka, fail itulah hiburan buat kami dan aku juga pernah tidur bersama fail tersebut. Ketika itu mimpiku untuk jadi seperti orang yang berada dalam koleksi tersebut. Setiap kali membelek fail tersebut, ayah aku pasti menceritakan hal-hal serta kepribadian tokoh-tokoh ini. Tidak lekang juga ibuku. Pernah satu ketika harapan ayah yang masih terngiang difikiranku "besar nati jadi cam anak che beli hafiz, jadi supa dema". Ayahku menanam kesungguhan untuk menjadikan kami adik-beradik seperti anak che beli. Sehinggakan ada waktu yang lengang pasti ayahku dengan motorsikal robeknya membawa kami adik beradik menziarahi arwah che beli dan sering bertandang ke rumah mereka pada hari raya. Hemm. Begitulah akrabnya keluarga kami dengan keluarga arwah Che Beli. Tertanya juga aku masih adakah koleksi tersebut? Atau sudah disampah sarapkan. Harap masih baik dan boleh jadikan rujukan buat anak² kelak.
Beginilah kaedah serta manhaj tarbiyyah daripada ayah dan mak yang aku rasa berkesan pada aku. Walau aku tidak hafiz , dan juga bukan ilmuwan islam tapi sekurang-kurangnya aku benar-benar menjadi "orang".
..........
Aku tersedar dari igauan itu.Tanpa sedar air bergenang pada mataku. Kelopak mata seolah sedih dan sayu menerima imbauan semula kehidupanku. Begitulah pengorbanan ayah dan mak yang sanggup berkorban buat anaknya. Aku rasa pentarbiyah sebagini amat berkesan bagiku walaupun nampak kuno, tapi ia tetap membekas dalam kehidupan aku. Pesan juga buat adik-adikku hargailah ibu dan ayah. Senantiasalah memohon ampun dan maaf kepada mereka. Jangan sekali memninggi suara pada mereka.
Ya Allah ampunkanlah dosa ibuku Suhaila binti Ahmad dan bapaku Mohamed Radzi bin Mohd Isa. Panjangkan usia mereka murahkanlah rezeki ke atas mereka.
Terima kasih mak dan ayah.
..........
Info
Che: Gelaran bagi atok/tok ki bagi keluarga susur galur daripada pattani
P/s: Doakan moga hari esok aku lebih ceria dan penuh kejelasan visi dan misi. Esok in sha Allah ada ujian saringan berkomputer untuk menjadi Guru MARA. Mohon doakan
Ditulis pada 17/8/2017
Comments