Musafir ilmu,
Mencari pengalaman,
Mengasuh sakhsiah,
Moga terbentuk rijal yang bersunnah.
Memuatkan info-info soal jawab agama serta artikel islamik
Pengetahuan
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Pengetahuan adalah teman kita yang terbaik. dia sentiasa mengikut kita ke
mana pun kita pergi. Tatkala semua orang menolak kita, pengetahuan tetap
membisikkan sesuatu yang berharga.
Apakah itu hadas kecil dan hadas besar? Secara ringkasnya hadas kecil itu boleh diertikan sebagai sebab yang membatalkan bercuci (Toharah) yang mewajibkan seseorang itu berwuduk. Hadas Kecil seperti Buang Air Besar Buang Air kecil Kentut Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi tanpa berlapik Menyentuh Zakar atau faraj Kenapa ia dinamakan sebagai hadas kecil? Menurut ulamak ia disebutkan sebagai hadas kecil kerana tanggungjawab menghilangkannya lebih ringan berbanding hadas besar. Adapun hadas besar pula bermaksud sebab yang membatalkan bersuci (taharah) yang mewajibkan ia mandi wajib. Contoh hadas besar ialah Keluar Air Mani,Darah Haid, Darah Nifas dan Wiladah (beranak). Terima kasih atas bacaan semua berkenaan pengertian hadas besar dan hadas kecil secara ringkas. Semoga Allah mengurniakan kita dikalangan orang yang bersih dan sentiasa dalam keadaan berwuduk apabila kita dalam hadas kecil dan mandi wajib apabila ia ditimpa hadas besar. ...
Rasulullah s.a.w., pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu "Siapa kamu?"Jawab makluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam." Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut.Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sah...
فليطرح الشك واليبن على مااستيقن. Maka hendaklah menghilangkan segala syak/keraguan itu dengan membuatkan keputusan berdasarkan keyakinan. Lafaz فليطرح dan وليبن dalam hadis ini adalah fi'il mudhari' yang di serta kan lam Al-Amr yang menunjukkan perintah wajib bagi setiap orang yang syak dalam solat dengan menghilangkan syak tersebut dengan membuatkan keputusan berdasarkan apa yang diyakinkan .
Comments