Kitab Fathul Muin
Kitab Fathul Muin
Ia merupakan kitab fiqh syafii yang muktabar. Kitab ini sering kali menjadi rujukan utama di nusantara dalam permasalahan² fiqh.
Dalam perbahasan solat, kitab ini lebih terbaik untuk dijadikan rujukan. keistimewaan kitab Fathul Mu'in ini adalah menyebutkan beberapa perkhilafan di antara ulama' dan diambil dari kitab-kitab mereka yang muktabar, dengan mentarjih pendapat mereka baik secara sorih/jelas atau malah melatih kecerdasan pembaca dengan hanya memberikan isyarat atau ibarat yang samar. Dan kebanyakan, pendapat yang diikuti oleh pengarang adalah pendapat guru beliau iaitu Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami, dan guru inilah yang dikehendaki ketika pengarang menyebut Guruku (Syaikhuna). Menurut pengarang kitab Sheikh Zaynuddin al-Malibiri, dalam pemilihan pendapat ulama mazhab yang berbeza, beliau biasanya mendahulukan pendapat Imam al-Nawawi dan Imam al-Rafi'i, kemudian baru pendapat ulama-ulama tahqiq muta-akhkhirin yang lain.
Kitab Fathul Mu'in ini adalah kitab yang sangat barakah sekali, dengan format dan manhaj yang ditawarkan tentunya mempunyai sebuah rahsia yang tidak boleh dirungkaikan oleh orang lain. Sehingga banyak sekali ulama' yang mengaguminya, bahkan ada yang mengatakan bahwa kitab Fathul Mu'in ini adalah Kitab al-Tuhfah al-Tsani atau Kitab Tuhfah yang kedua, selain karena pengarang adalah murid dari pengarang kitab Tuhfah, juga krn kitab Fathul Mu'in ini juga banyak sekali merungkai masalah dari kitab al Tuhfah.
Berminat untuk dapatkan terjemahan kitab Fathul Muin, boleh PM saya.
Comments