Imam tidak membetulkan kesalahanya selepas ditegur

Dalam kitab Majmu' menyebutkan perkara-perkara berkaitan permasalahan imam meninggalkan suatu perbuatan yang salah setelah di tegur oleh imam

1. Imam meninggalkan suatu perbuatan fardhu seperti duduk pada tempat yang sepatutnya dia berdiri atau sebaliknya serta tidak mengubah perlakuannya setelah ditegur. Maka pada ketika itu, makmum tidak boleh mengikuti imam sama ada imam tersebut dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Hal ini kerana:

i. Sekiranya imam meninggalkan rukun dengan sengaja, maka solatnya batal.

ii. Sekiranya imam meninggalkan kerana terlupa, maka perbuatanya tidak dikira. Sebab itu, makmum perlu mufaraqah dan menyempurnakan solat secara berjemaah

2. Jika imam meninggalkan perkara sunat, maka terbahagi kepada tiga masalah:

i. Sekiranya makmum melakukan perkara sunat yang ditinggalkan oleh imam menyebabkan dia menyalahi perbuatan imam secara melampau seperti melakukan sujud tilawah atau tasyahud awal yang ditinggalkan oleh imam, maka perbuatanya itu tidak dibenarkan. Sekiranya dia melakukan juga tanpa niat mufaraqah , maka batallah solatnya.

ii. Sekiranya imam meninggal sujud sahwi atau salam kedua, maka makmum boleh melakukannya selepas itu kerana ketika itu ikatan antara imam dengan makmum telah terputus.

iii. Sekiranya makmum melakukan perkara sunat yang ditinggalkan oleh imam yang ditinggalkan oleh imam menyebabkan dia tidak menyalahi imam secara melampau  seperti duduk istirahat (duduk sebentar) maka makmum boleh melakukannya. Para ulamak syafii mengatakan hal ini kerana mukhalafah (menyalahi imam) pada perkara ini adalah kecil. Sebab itu sekiranya dia ingin melakukan sekadarnya sahaja pada bukan tempatnya, maka solatnya tidak batal. Tidak mengapa juga sekiranya makmum menyalahi imam ketika qunut jika imam meninggalkannya, dia dapat bersama dengan imam pada masa singkat iaitu makmum mendapatkannya dalam sujud pertama.

Walaubagaimanapun, kitab sabilal muhtadin pula mengatakan harus bagi makmum tertinggal daripada imam membaca qunut sekiranya (tidak) terkemudian daripadanya dengan dua rukun fi'li berturut-turut.

Dalam ianah tholibin pula mengatakan sekiranya makmum memanjangkan iktidal dengan kadar yang tidak menyebabkan solat terbatal sehingga imam sujud dan duduk di antara dua sujud kemudian , makmum sempat mendapatkan imam semula ketika dia masih duduk antara dua sujud., maka perbuatanya tidak merosakkan solatnya kerna makmum makmum tidak terlewat daripada imam melebihi dua rukun sempurna

Comments

Popular posts from this blog

Apakah erti Hadas Kecil dan hadas besar?

Syak dalam solat