Makmum ada masa membaca fatihah, tetapi ia seorang pembaca yang lambat semasa sejak daripada kecil lagi.
Jika makmum ada masa yang luas untuk membaca fatihah, tetapi ia tergolong antara pembaca yang lambat dari semulajadi lagi, maka imam ruku' sebelum memghabiskan bacaan fatihahnya, mak makmum itu tidak tidak dikira sebagai مقصر (cuai) , dan masalah ini mengikut pendapat pertama dibolehkan memotong bacaan fatihahnya dan terus ruku' bersama imam seperti masalah makmum yang tak sempat baca al fatihah serta imamnya melainkan sebahagiannya.
Adapun pendapat yang paling اصح (paling sahih) iaitu disebut dalam kitab روضة الطالبين bahawa makmum itu hendaklah habiskan fatihah nya, dan boleh takhalluf (menyalahi imam) diberi keuzuran.
Comments