Tempat dan waktu mustajab berdoa di Masjidil Haram

Tempat dan waktu mustajab berdoa di Masjidil Haram

Catatan ringkas utk para jemaah di masjidil haram

1. Multazamالملتزم
Terletak di antara hajarul aswad dan pintu kaabah. Kadarnya sepanjang 2 meter daripada hajarul aswad. Dinamakan juga tempat ini sebagai tempat mustajab akan segala permintaan dan hajat. Ia adalah tempat khusus khusus berdoa.Multazam adalah tempat diperkenankan doa, disunatkan ke atas kita supaya menempelkan dada, pipi dan lengan serta tapak tangan kita di bahagian multazam.Begitulah perbuatan rasulullah terhadap seperti di riwayatkan oleh Abdullah bin Amr.  Disebutkan juga dalam hadis riwayat Ad Dailami "setiap  doa yang dipinta  di Multazam,pasti akan dierkenankan"

Imam syafie sendiri apabila hendak meninggalkan kaabah, beliau suka akan berhenti di Multazam kemudiaan beliau berkata اللھم ان البيت بيتك والعبد عبدك

2. Hajarul Aswad
Sudah pastinya ia adalah tempat mustajab doa. di sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al qadhi fudhail iyad dalam kitab asy syifa yang bermaksud 'siapa yang berdoa kepada Allah di hajar aswad nescaya akan diperkenankan doanya"

Bahkan akan di ampunkan dosanya oleh Allah SWT seperti mana disebut dalam hadis di dalam kitab musnad imam ahmad: " memegang atau mengusap rukn yamani dan mengucupkan hajarul aswad , maka nescaya akan diampunkan segala dosanya"

3.Al Mustajar المستجار
Juga dikenali sebagai "Multazam Tua" merupakan pintu lama kaabah. Terletak kira-kira 4 hasta sebelum rukn yamani. Merupakan tempat mustajab berdoa. Ramai sahabat nabi yang berdoa di kawasan ini dan doa mereka diterima oleh Allah.

Hadis nabi " Siapa yang memohon doa doa di belakang baitullah (belakang pintu kaabah) maka pasti akan dikabulkan doanya serta di ampunkan doanya seperti ketika saat lahir"

4. Saat melihat kaabah.
Ketika berdoa pastikan melihat kaabah. In sha Allah mustajab doa tersebut. Warid dalam hadis

5. Ketika sedang tawaf.
Ketika sedang tawaf sambil melihat kaabah merupakan waktu mustajab berdoa.

6. Di telaga zamzam
Antara tempat mustajab berdoa di tempat telaga zamzam. Terletak 21 meter

7. Berdoa di hatim hajarul aswad dan di bawah Al Mizrab Ar Rahmah atau lebih dikenali sebagai mizab (pancur emas)

8. Ketika selepas minum air zam-zam. Air zamzam dapat menyempurnakan hasrat dan perrmintaan pada peminumnya dengan izin Allah seperti mana disebut dalam hadis riwayat ibn majah:

"Sesungguhnya zamzam itu untuk segala niat yang meminumnya"

10. Musolla Jibril
Disinilah tempat rasulullah belajar dengan Malaikat Jibril dan solat bersama di kawasan ini.Terletak di antara rukunn iraqi dan pintu kaabah. Ia juga disebut sebagai tempat mustajab berdoa.

11. Maqam Ibrahim
Menurut Imam Hassan Al Basri berdoa di belakang maqam ibrahim adalah amat mustajab.

Amatlah disarankan dilakukan selepas melakukan solat sunat tawaf, kemudia berdoa.

12. Rukun Yamani
Ia juga merupakan tempat mustajab berdoa seperti mana disebut oleh mujahid : letakkanlah tangan kamu pada rukn yamani kemudian berdoalah kepadanya, nescaya akan diperkenankan.

Disni juga sebanyak 70 malaikat berada disini seperti mana disebut dalam riwayat ibn majah.

13. Berdoa ketika sedang bersaei  dan ketika dibukit safa dan bukit marwah  merupakan waktu dan tempat yang mustajab berdoa.

Rujukan  kitab
1. السرور والابتهاج في مزارات العمرتين والحجاج
2. مواطن اجابة الدعاء بمكة المكرمة
3.الاجابة  عدة الانابة في اماكن الاجابة

22 safar  1440 hijrah. Masjidil Haram

Muhammad Imran bin Mohamed Radzi

Comments

Popular posts from this blog

Apakah erti Hadas Kecil dan hadas besar?

Syak dalam solat