Keistimewaan Masjid Quba


Ia adalah masjid pertama yang dibina oleh rasulullah SAW dan Para Sahabat.

Firman Alla SWT berkenaan Masjid Quba' dan Para Penduduk Quba

ۚ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

-Surah At-Taubah, Ayat 108

Adalah *sunat muakkad* untuk datang ke Masjid Quba' pada hari sabtu sekiranya tidak ada halangan dan keuzuran ke atas kita, maka hari lain juga sudah memadai. Disebut dalam hadis riwayat bukhari dan muslim yang mafhumnya ;

" sesungguhnya rasulullah saw selalu datang ke masjid quba' setiap hari sabtu , samada beliau berjalan atau menaiki kuda" begitu juga dengan perbuatan Abdullah bin Omar.

Antara kelebihan masjid quba' ialah  seperti sabda nabi mafhumnya "sesiapa yang suci(berwudhuk) di rumahnya, kemudian dia ke masjid quba'  dan menunaikan solat di dalam masjid tersebut , nescaya ia memperoleh pahala seperti pahala menunaikan umrah"

Quba adalah tempat pertama yand didiami oleh orang muhajirin (orang yang berhijrah daripada mekah ke madinah). Antara orang yang  terawal berhijrah Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Salamah bin Al Asad Al Makhzumi.

Mereka muhajirin ini menetap di tempat bani amru bin auf , dan telah menjadikan tempat dikawasan itu sebagai tempat solat yang di imamkan oleh Saidina Umair. Disitulah tempat yang dijadikan Masjid Quba. 

Terletak juga البئر الخاتم dihadapan pintu utama masjid quba' lama dengan jarak 42 meter. Telaga ini telah tiada lagi. Tapaknya telah pun dirobohkan . Telaga inilah diceritakan Rasullulah saw mempunyai sebentuk cincin yang kemudiannya diwarisi oleh saidina Abu Bakar As-Siddiq kemudiannya diwarisi pula oleh Umar Al-Khattab dan akhirnya oleh Saidina Uthman bin Affan. Suatu hari Saidina Uthman sedang di duduk di kawasan telaga tersebut, tiba-tiba cincin tersebut telah terjatuh dalam perigi tersebut.   Saidina Uthman mencarinya selama tiga hari tiga malam tetapi tidak dijumpai. Sejak hari itu, telaga ini dikenali sebagai telaga cincin بئر الخاتم.

Di masjid quba'  pula, ketika mana pembinaan baru masjid quba terdapat pada kubah utama masjid dua lubang. Dipercayai sengaja di tinggalkan oleh arkitek yang menunjukkan dibawah lubang tersebut mihrab atau tempat yang selalu rasulullah menunaikan solat

Gambar: Bersama dengan Jemaah Imtiyaz Travel , Guru talaqqi di Jordan, dan gambar sejarah Masjid Quba.

mran Radzi Algerikii

Comments

Popular posts from this blog

Apakah erti Hadas Kecil dan hadas besar?

Syak dalam solat