KISAH YAHUDI MEMELUK ISLAM KERANA AL QURAN
Imam Baihaqi menceritakan dalam kitab dalailul nubuwwah yang diceritakan oleh Yahya bin Aksam : satu hari khalifah Ma'mun Ibn Rasyid menjemput para ilmuwan yang berlainan bidang untuk di adakn satu diskusi serta perbincangan ilmiah . Antara yang hadir ketika itu seorang lelaki yang berpenampilan kemas, segak dan wangian yang harum . Ketika majlis itu lelaki tersebut banyak menyuarakan sesuatu pandangan, idea , saranan dan berwawasan dalam menyatakan sesuatu. Hal ini menyebabkan khalifah Ma'mun tertarik sangat pada lelaki tersebut. Selepas sahaja selesai diskusi tersebut, khalifah memanggil lelaki tersabut lalu bertanya , "adakah kamu orang yahudi" maka di jawab lelaki tersebut "ya, aku orang yahudi" , lalu khlifah mempelawa lelaki tersebut untuk memeluk agama islam serta lelaki tersebut di tawarkan kedudukan yang terhormat disisi orang islam, lalu lelaki tersebut berkata "itukan agama datok nenek moyangku, mustahil untuk aku tinggalkannya" .
Kemudian selang beberapa tahun ,lelaki tersebut datang semula menghadap khalifah Ma'mun dan beliau menyatakan beliau sudah memeluk agama Islam. Khalifah bertanya "apakah yang menyebabkan kamu memeluk agama islam? Maka lelaki tersebut menjelaskan bahawa :
" Seperti yang tuan tahu, aku merupakan orang yang mahir dalam.bidang penulisan, aku ambil kitab taurat dan aku salin mejadi beberapa naskhah dengan membuang dan menokok tambah isi-isi dalam kitab taurat. Setelah selesai , akupun pergi tempat ibadat orang yahudi, lalu aku jual helaian kitab tersebut, ulamak mereka juga turut membeli dan mereka dalam keadaan gembira ketika membeli kitab taurat yang telah aku tokok tambah tersebut. Selepas itu , aku juga turut lakukan pada kitab injil. Seperti biasa aku menyalin sebahagian kitab injil tersebut dan lalu aku tokok tambahkan yang rasa sesuai dan sedap dalam pandanganku seperti mana yang aku lakukan pada kitab taurat sebelum ini.Kemudian aku pergi ke gereja dan menjual kitab salinan aku tersebut kepada pendeta mereka . Mereka turut membeli dalam keadaan penuh kegembiraan. Selepas itu aku membuat perkara yang sama tadi pada kitab al quran dengan menokok tambah serta membuang isi-isi yang tidak sesuai dengan apa yamg aku fikirkan. Lalu aku pergi kepada pada para ulamak mereka, kemudian aku nyatakan hasratku hasil kerja aku yang aku lakukan. Tetapi di kalangan para ulamak mereka dapat mengesan segala bentuk penambahan dan pembuangan sebahagian ayat yang aku lakukan kepada kitab mereka, lalu mereka tidak membeli. Malah aku mereka hampir utk dibunuh dan kitab itu telah dicampak dan dibakar oleh mereka.
Tuan! disebabkam itulah aku yakin bahawa al quran itu sebenarnya adalh kitab yang dipelihara dari Allah, dan inilah sebab yang menjadikan saya meninggalkan agama asal dan aku memeluk agama islam.
Yahya bin aksam juga turut menyatakan dalam kitab dalailun nubuwwah bahawa selepas sahaja peristiwa tersebut aku pergi berjumpa dengan sufyan bin uyainah iaitu seorang tabi' tabiin dan aku ceritakan semula kisah ini kepada sufyan bin uyainah, maka sufyan uyainah membenarkan dan mensahihkan kisah tersebut dan beliau menyatakan perihal orang yahudi yang sentiasa ingin menyesatkan dan membuat pentahrifan pada al quran namun Allah menjaga Al Quran seperti yang difirmankannya:
" انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحافظون"
Mafhumnya: Sesunguhnya kami lah yabg tela memlihara al quran dan menjaganya
Comments