Posts

Diari

Image
Hari ini menemani isteri ke klinik kesihatan bakal ibu. Doktor bagi tahu tadi, kondisi bakal putra kami dalam keadaan baik. Kondisi isteri pula dalam keadaan baik, cuma HB masih kurang dan memerlukan pemakanan yang menyumbang kepada penambahan darah. Mohon doakan putra kami dan isteri dalam keadaan sihat sepenuhnya. رب هب لي من لدنك ذرية طيبة انك سميع الدعاء...

Ummah Rosak !

Agenda penjahanaman semula dan peruntuhan nilai-nilai Islam daripada yahudi kepada ummah jawi khususnya boleh kita saksikan di kaca mata kita sendiri. Apa yang kita rasa tidak tergambar pada fikiran kita sejak kecil ternyata berlaku di hadapan kita. Nilai-nilai murni pada ummah nusantara sekarang kian terhakis lagi robek. Silibus pendidikan yang saya rasa terbaik dalam mensistemkan pemuda-pemudi Islam supaya menjadi golongan yang benar-benar menepati generasi madani. Amat malang telahan saya dangkal sama sekali. Apatah lagi, gejala kerosakan akhlak ini galak disenikan dipentas maya. Agenda pembogelan dan pencarikan maruah kerap sekali dihidang buat muda mudi. Akhirnya wujudlah generasi yang tiada nilai ukhrawi. Politikus pula berlumba-berlumba meratah harta rakyat, menjual nama-nama dan kalam Allah untuk keuntungan dan kelesaan serta menambahkan keempukan kerusi. Agenda merakyatkan hanya menjadi pertaruhan dan omongan kosong belaka. Ingatkah kita bagaimana ummah jawi dahulu celik dal...

Hatiku dicuit ~♥~

Image
Apa yang membangkitkan rasa rindu pada kampung dan keluarga bila mak selalu ceritakan kisah-kisah silam aku masa aku kecil. Kadang-kadang aku pun tak ingat memori-memori lama ni. Maklumlah sudah hampir dimamah usia. Mak dan ayah lah yang penglibur hikayat "algeriki". Terkadang mai rasa sebak ,mencuit hati, dan yang paling indah kisah-kisah lama yang mungkin aku rasa boleh jadi bekal  untuk anak cucuku kelak. Terima Kasih mak ayah kerana telah mencuit hati ini. Anak kampung. Anak Penoreh.

Ujian atqu Teguran?

      Sebenarnya, kadang-kadang gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh, bukanlah kerana kita tersilap tempat merawat, atau bukan kerana kaedah ruqyah tidak betul, tetapi kerana kita tak sedar yang Allah menegur kita. Allah nak kita berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tetapi kita masih belum berubah.      Apabila kita masih tidak berubah, sebab itulah Allah tidak sembuhkan masalah yang anda alami. Walaupun dah banyak tempat kita pergi dapatkan rawatan ruqyah, masih belum dapat kesembuhan.

Bukti atau Dalil penyakit 'ain.

Musibah penyakit ain telah pun dinyatakan dalam Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Semuanya ini membuktikan bahaha ia nya perlu d ambil berat oleh kita umat Islam bagi menangani masalah penyakit 'ain. (وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُو...

Pengenalan Penyakit 'Ain

Penyakit 'aib ialah  sesuatu kesan yang berlaku atas individu akibat terkena panahan mata , iaitu seseorang yang mengaguminya dengan penuh rasa hasad dalam individu tersebut. Imam Al Jurjani pula mengatakan penyakit 'ain ialah racun yang telah dijadikan oleh Allah pada panahan daripada pandangan penuh kekaguman terhadap sesuatu dan tidak menyandakan kekaguman tersebut pada pada Allah. Dalam memahami tentang penyakit 'ain, ada pendapat mengatakan penyakit 'ain adalah merujuk kepada memandang sesuatu yang disertai dengan pandangan hasad dengki dan iri hati yang cukup kuat daripada jiwa yang kotor  sehingga mendatangkan musibah bagi orang yang dipandangnya. Ia mungkin juga boleh berlaku apabila seseorang yang memandang dengan penuh hasad dengki dengan niat untuk menderitakan orang yang dilihat itu. Ada juga pendapat mengatakan penyakit 'ain berlaku di atas pandangan yang didasarkan kepada kekaguman semata-mata tanpa ada sekalipun sifat hasad. Bahkan boleh juga berl...

PERKONGSIAN ILMU PERUBATAN ISLAM

Image
Dengan izin Allah, Al Faqir akan membuat perkongsian secara bersiri berkenaan beberapa dapatan al faqir sepanjang berkecimpung dalam bidang perubatan Islam sama ada perubatan jasmani mahupun mistik. Apa yang menarik dalam perkongsian bersiri ini, al faqir turut mengongsikan beberapa artikel yang dihasilkan oleh al faqir untuk menjadi tatapan umum buat pembaca blog ini.  Perkara yang menjadi keutamaan dalam perkongsian ini, al fakir akan menukilkan beberapa sudut pandang Islam menurut Al Quran , Sunnah , serta beberapa pendapat para ulamak berkenaan perubatan Islam dan juga dikongsikan beberapa khibrah (pengalaman) al faqir dalam sepanjang menjadi perawat perubatan Islam. Semoga dengan usaha ini, al faqer memperoleh saham di akhirat kelak.