Posts

Diariku (Ayahku Radzi)

Image
Hari ini ku gagahkan kaki  untuk ke masjid. Meskipun penat berharian dengan isteri keluar untuk persiapan kelahiran putra sulong kami. Tambahan pula, fikiranku celaru memikirkan pencarian pencarian rezeki yang hampir dua bulan tiada pekerjaan tetap selepas tamat bergraduasi di Jordan. Ahhhh. Pedulikan.. Aku terus bingkas bersiap  ke Masjid dengan harapan supaya ada perubahan dalam kehidupanku dan ada teguran Allah yang mengetuk sanubariku. Istimewanya kuliah di masjid pada hari ini, tajuk kuliah berkenaan " dajjal zaman akhir zaman". Aku menghayati sepenuhnya kalam serta pengisian dari pak ustaz tanpa lelapan mata kepenatan dek kepenatan fikir di tengah hari. Jemaah yang lain pun begitu, dongakan kepala tanpa tolehan, duduk sila yang tetap rapat tanpa ubah lipatan kaki. Pak ustaz membawa kami menjelajahi peristiwa hari besar tanda-tanda akhir zaman, membuatkan aku dan para jemaah tekun mendengar dan gerun dengan kekalutan pada akhir zaman. Nanti siri akan datang aku cuba kon...

Pesan Guruku Maulana Husseyn.

Org agama tidak sepatutnya menyokong dan memasuki dunia politik membabi buta sebaliknya jadilah daie yg menyeru mana2 pihak dalam parti politik kearah kefahaman agama yg sbnr...

Diari

Image
Hari ini menemani isteri ke klinik kesihatan bakal ibu. Doktor bagi tahu tadi, kondisi bakal putra kami dalam keadaan baik. Kondisi isteri pula dalam keadaan baik, cuma HB masih kurang dan memerlukan pemakanan yang menyumbang kepada penambahan darah. Mohon doakan putra kami dan isteri dalam keadaan sihat sepenuhnya. رب هب لي من لدنك ذرية طيبة انك سميع الدعاء...

Ummah Rosak !

Agenda penjahanaman semula dan peruntuhan nilai-nilai Islam daripada yahudi kepada ummah jawi khususnya boleh kita saksikan di kaca mata kita sendiri. Apa yang kita rasa tidak tergambar pada fikiran kita sejak kecil ternyata berlaku di hadapan kita. Nilai-nilai murni pada ummah nusantara sekarang kian terhakis lagi robek. Silibus pendidikan yang saya rasa terbaik dalam mensistemkan pemuda-pemudi Islam supaya menjadi golongan yang benar-benar menepati generasi madani. Amat malang telahan saya dangkal sama sekali. Apatah lagi, gejala kerosakan akhlak ini galak disenikan dipentas maya. Agenda pembogelan dan pencarikan maruah kerap sekali dihidang buat muda mudi. Akhirnya wujudlah generasi yang tiada nilai ukhrawi. Politikus pula berlumba-berlumba meratah harta rakyat, menjual nama-nama dan kalam Allah untuk keuntungan dan kelesaan serta menambahkan keempukan kerusi. Agenda merakyatkan hanya menjadi pertaruhan dan omongan kosong belaka. Ingatkah kita bagaimana ummah jawi dahulu celik dal...

Hatiku dicuit ~♥~

Image
Apa yang membangkitkan rasa rindu pada kampung dan keluarga bila mak selalu ceritakan kisah-kisah silam aku masa aku kecil. Kadang-kadang aku pun tak ingat memori-memori lama ni. Maklumlah sudah hampir dimamah usia. Mak dan ayah lah yang penglibur hikayat "algeriki". Terkadang mai rasa sebak ,mencuit hati, dan yang paling indah kisah-kisah lama yang mungkin aku rasa boleh jadi bekal  untuk anak cucuku kelak. Terima Kasih mak ayah kerana telah mencuit hati ini. Anak kampung. Anak Penoreh.

Ujian atqu Teguran?

      Sebenarnya, kadang-kadang gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh, bukanlah kerana kita tersilap tempat merawat, atau bukan kerana kaedah ruqyah tidak betul, tetapi kerana kita tak sedar yang Allah menegur kita. Allah nak kita berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tetapi kita masih belum berubah.      Apabila kita masih tidak berubah, sebab itulah Allah tidak sembuhkan masalah yang anda alami. Walaupun dah banyak tempat kita pergi dapatkan rawatan ruqyah, masih belum dapat kesembuhan.

Bukti atau Dalil penyakit 'ain.

Musibah penyakit ain telah pun dinyatakan dalam Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Semuanya ini membuktikan bahaha ia nya perlu d ambil berat oleh kita umat Islam bagi menangani masalah penyakit 'ain. (وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُو...