Posts

KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI

Image
*KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI* Pengarang : Tuan Guru Sheikh Baba Abu Qutaibah Rasyidi Abd Rahman Al Fathoni. *Intipati kitab* 📒 Muqaddimah Muhaqqiq 📕Sejarah Ringkas Al Allamah Al Alim Rabbani Sheikh Daud Al Fathoni 📘 Manuskrip tulisan tangan Sheikh Daud Al Fathoni 📘 Menerangkan permasalah khilafiah dalam solat menurut pendapat imam 4 mazhab 📓 mentakhrij hadis ,mesyarahkan ibarat kitab munyatul musolli 📒Memahamkan method pendalilan yang berlaku dalam kitab munyatul musolli . 📓Rujukan utama nusantara dalam bab solat. Kualiti kitab: 🏷Kulit kitab tebal dan amat berkualiti 🏷545 muka surat *Harga RM85 Sekali postage* Berminat boleh PM Imran Radzi Algerikii +60134872970

Belajar Ilmu Fiqh sebelum nikah

Imam Bukhari, di dalam Sahihnya meriwayatkan satu atsar dari Sayyidina Umar ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ beliau berkata: تفقهوﺍ قبل ان تسواود "Faqihlah (belajar & mendalami) kamu dalam ilmu agama terlebih dahulu, sebelum kamu menjadi pemimpin nanti" Syeikh Samir mengatakan bahawa maksud daripada hadis tersebut ialah: "Belajarlah kamu ilmu fiqh sebelum kamu BERNIKAH dan menjadi "tusawwad" iaitu pemimpin rumah tangga, sebelum nanti kamu disibukkan dengan urusan rumah tangga dan kamu sudah tidak sempat lagi belajar."

Soal Jawab agama

Dengan Izin daripada Allah, saya akan memuatkan pada  blog saya dengan artikel²  Q&A (Question and Answer) berkenaan permasalah fiqh dalam qaul muktamad sisi mazhab syafii terutama dalam perkara yang bersangkut paut tentang harian kita.

Hukum menyembelih korban pada waktu malam

Ibadah korban pada waktu malam dimakruhkan disisi ulamak, tetapi ia dibolehkan sekiranya 3 syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha mazhab syafii tidak berlaku. 3 perkara tersebut ialah 1. Daging akan menjadi lembik dan tidak segar pada waktu malam 2. Akan menjadi kesilapan pada haiwan yang dikorban tersebut dan kemungkinan boleh mencederakan penyembelih kerana malam yang gelap. 3. Selalunya orang miskin tidak akan hadir pada majlis korban oada waktu malam. Sekiranya dikalangan kalian berhajat untuk melakukan ibadah korban sebaiknya elakkan 3 perkara tersebut.

Tuan Direktur

Image
Tuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan. Iktibarnya lemak-lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa. Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat di ruang sanubari mengajak kita mensempadani atau menaledani. Ingatkan pesan panjang ini, yang menikam kelobaan kita untuk mencari dan terus mencari sampai tidak tahu berhenti. Sebuah mahakarya HAMKA tentang manusia kecil yang terdaya bangun, berdiri megah , mendongak langit... Tidak kekar sehinggakan lupa rumput di bumi.

Diariku (Ayahku Radzi)

Image
Hari ini ku gagahkan kaki  untuk ke masjid. Meskipun penat berharian dengan isteri keluar untuk persiapan kelahiran putra sulong kami. Tambahan pula, fikiranku celaru memikirkan pencarian pencarian rezeki yang hampir dua bulan tiada pekerjaan tetap selepas tamat bergraduasi di Jordan. Ahhhh. Pedulikan.. Aku terus bingkas bersiap  ke Masjid dengan harapan supaya ada perubahan dalam kehidupanku dan ada teguran Allah yang mengetuk sanubariku. Istimewanya kuliah di masjid pada hari ini, tajuk kuliah berkenaan " dajjal zaman akhir zaman". Aku menghayati sepenuhnya kalam serta pengisian dari pak ustaz tanpa lelapan mata kepenatan dek kepenatan fikir di tengah hari. Jemaah yang lain pun begitu, dongakan kepala tanpa tolehan, duduk sila yang tetap rapat tanpa ubah lipatan kaki. Pak ustaz membawa kami menjelajahi peristiwa hari besar tanda-tanda akhir zaman, membuatkan aku dan para jemaah tekun mendengar dan gerun dengan kekalutan pada akhir zaman. Nanti siri akan datang aku cuba kon...

Pesan Guruku Maulana Husseyn.

Org agama tidak sepatutnya menyokong dan memasuki dunia politik membabi buta sebaliknya jadilah daie yg menyeru mana2 pihak dalam parti politik kearah kefahaman agama yg sbnr...