Posts

Pengetahuan

Pengetahuan adalah teman kita yang terbaik. dia sentiasa mengikut kita ke mana pun kita pergi. Tatkala semua orang menolak kita, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

Guruku

Image
Kenangan bersama Ustaz Fadil bin Ishak, Guru saya semasa belajar di SMK Gerik. Beliau antara guru yang  banyak membimbing saya sewaktu zaman persekolahan. Mudahan Allah mempermudahkan urusan ustaz dunia dan akhirat..

KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI

Image
*KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI* Pengarang : Tuan Guru Sheikh Baba Abu Qutaibah Rasyidi Abd Rahman Al Fathoni. *Intipati kitab* 📒 Muqaddimah Muhaqqiq 📕Sejarah Ringkas Al Allamah Al Alim Rabbani Sheikh Daud Al Fathoni 📘 Manuskrip tulisan tangan Sheikh Daud Al Fathoni 📘 Menerangkan permasalah khilafiah dalam solat menurut pendapat imam 4 mazhab 📓 mentakhrij hadis ,mesyarahkan ibarat kitab munyatul musolli 📒Memahamkan method pendalilan yang berlaku dalam kitab munyatul musolli . 📓Rujukan utama nusantara dalam bab solat. Kualiti kitab: 🏷Kulit kitab tebal dan amat berkualiti 🏷545 muka surat *Harga RM85 Sekali postage* Berminat boleh PM Imran Radzi Algerikii +60134872970

Belajar Ilmu Fiqh sebelum nikah

Imam Bukhari, di dalam Sahihnya meriwayatkan satu atsar dari Sayyidina Umar ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ beliau berkata: تفقهوﺍ قبل ان تسواود "Faqihlah (belajar & mendalami) kamu dalam ilmu agama terlebih dahulu, sebelum kamu menjadi pemimpin nanti" Syeikh Samir mengatakan bahawa maksud daripada hadis tersebut ialah: "Belajarlah kamu ilmu fiqh sebelum kamu BERNIKAH dan menjadi "tusawwad" iaitu pemimpin rumah tangga, sebelum nanti kamu disibukkan dengan urusan rumah tangga dan kamu sudah tidak sempat lagi belajar."

Soal Jawab agama

Dengan Izin daripada Allah, saya akan memuatkan pada  blog saya dengan artikel²  Q&A (Question and Answer) berkenaan permasalah fiqh dalam qaul muktamad sisi mazhab syafii terutama dalam perkara yang bersangkut paut tentang harian kita.

Hukum menyembelih korban pada waktu malam

Ibadah korban pada waktu malam dimakruhkan disisi ulamak, tetapi ia dibolehkan sekiranya 3 syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha mazhab syafii tidak berlaku. 3 perkara tersebut ialah 1. Daging akan menjadi lembik dan tidak segar pada waktu malam 2. Akan menjadi kesilapan pada haiwan yang dikorban tersebut dan kemungkinan boleh mencederakan penyembelih kerana malam yang gelap. 3. Selalunya orang miskin tidak akan hadir pada majlis korban oada waktu malam. Sekiranya dikalangan kalian berhajat untuk melakukan ibadah korban sebaiknya elakkan 3 perkara tersebut.

Tuan Direktur

Image
Tuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan. Iktibarnya lemak-lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa. Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat di ruang sanubari mengajak kita mensempadani atau menaledani. Ingatkan pesan panjang ini, yang menikam kelobaan kita untuk mencari dan terus mencari sampai tidak tahu berhenti. Sebuah mahakarya HAMKA tentang manusia kecil yang terdaya bangun, berdiri megah , mendongak langit... Tidak kekar sehinggakan lupa rumput di bumi.