Posts

Hukum Membaca Bismillah di awal Khutbah

Image
Dalam Islam dianjurkan untuk membaca bismillah ketika akan permulaan setiap amal yang baik. Namun yang sering kita dengar khatib memulakan khutbah dengan membaca alhamdulillah. Bukan membaca bismillah. Bagaimanakah hukum membaca  bismillah diawal khutbah? Jawapannya: Sah khutbahnya tetapi bidaah seperti mana yang disebutkan dalam kitab bughyah.

Siapakah Banu Qantura' ?

Image
Maksud hadis : Tidak akan berlaku kiamat  sehingga kalian memerangi kaum yang seliparnya diperbuat daripada bulu-bulu. Dan tidak akan terjadinya qiamat sehingga kamu kalian memerangi satu kaum seakan mukanya seperti perisai yang tebal (kulit wajah yang tebal), kecil matanya (sepet)  kepek hidungnya.  اخرجه الخمسة  Ertinya diriwayatkan oleh lima perawi hadis Abu Daud, Tirmizi, Imam Nasaei, Ibn Majah, Imam Ahmad ibn Hanbal. Keterangan dan Huraian Hadis pada gambar di atas menunjukkan berkenaan ciri-ciri Bani Qantura' iaitu wajah yang lebar mata yang sepet dan hidung yang besar. Ulamak mengatakan bahawa bani Qantura' ini ialah daripada bangsa  turk  seperi mana yang disebut dalam riwayat  al bukhari  iaitu : لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون الترك Tidak akan berlaku kiamat sehingga kaum muslimin bangkit memerangi bangsa turk. Dari hadis sahih ini, dapat disimpulkan bahawa ; 1. Yang dimaksudkan bani qantura' itu ialah bansa  turk.  Imam Bukh...

Cara Mengangkat Tangan Ketika Takbiratul Ihram

Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram seringkali kita melihat seseorang yang akan melakukannya mengangkat kedua tangannya dengan cara yang berbebeza. Kadang-kadang cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram  tidak menepati dengan hadis rasulullah dan pendapat dalam mazhab kita syafie. Sebenarnya bagaimanakah cara  mengangkat tangan ketika takbiratul ihram? Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram adalah sebagai berikut:   1. Mengangkat kedua telapak tangan dalam keadaan terbuka ke arah kiblat  2. Sejajarkan jari-jari tangan dengan menempatkan pada atas telinga  3. Sedangkan ibu jari dekatkan pada cuping (tempat anting-anting) telinga, dan telapak tanganya disejajarkan dengan bahu. 4.Jari-jari selain jari ibu hendaklah dibengkokkan sedikit  ke arah kiblat 5. Renggangkan sedikit antara jari dengan jari yang lain. Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram bagi orang yang tangannya terpotong   seperti disebutkan di dalam kitab ...

ADAB DAN SUNNAH DI AIDIL FITRI

ADAB DAN SUNNAH DI AIDIL FITRI Ramadhan sudah melabuhkan tirai. Semoga amal ramadhan kita diterima oleh Allah SWT.  Mari kita sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT . Moga kita  dikurniakan darjat ketaqwaan seperti yang disebut di dalam Al Quran لعلكم تتقون . Bersempena hari raya yang makin tiba ini saya kemukakan beberapa adab-adab dan perkara sunnah ketika di aidilfitri. Moga ia dapat memandu kita semua menjadi umat islam yang sentiasa diberkati bersungguh untuk melakukan amalan-amalan sunat ketika dihari raya aidil fitri. 1.Menjadikan malam raya untuk melipat gandakan ibadah Hadis Nabi SAW: من أحيا ليلتي العيد، لم يمت قلبه. يوم تموت القلوب "Siapa yang menghidupkan malam du...

KISAH YAHUDI MEMELUK ISLAM KERANA AL QURAN

Imam Baihaqi menceritakan dalam kitab dalailul nubuwwah yang diceritakan oleh Yahya bin Aksam : satu hari khalifah Ma'mun Ibn Rasyid menjemput para ilmuwan yang berlainan bidang untuk di adakn satu diskusi serta perbincangan ilmiah . Antara yang hadir ketika itu seorang lelaki yang berpenampilan kemas, segak dan wangian yang harum . Ketika majlis itu lelaki tersebut banyak menyuarakan sesuatu pandangan, idea , saranan dan berwawasan dalam menyatakan sesuatu. Hal ini menyebabkan khalifah Ma'mun tertarik sangat pada lelaki tersebut. Selepas sahaja selesai diskusi tersebut, khalifah memanggil lelaki tersabut lalu bertanya , "adakah kamu orang yahudi" maka di jawab lelaki tersebut "ya, aku orang yahudi" , lalu khlifah mempelawa lelaki tersebut untuk memeluk agama islam serta lelaki tersebut di tawarkan kedudukan yang terhormat disisi orang islam, lalu lelaki tersebut berkata "itukan agama datok nenek moyangku, mustahil untuk aku tinggalkannya" . Kemud...

Tapak rumah Saidina Ayub Al Ansari

Image
Kotak berwarna hijau itu menunjukkan tapak rumah Saidina Ayub Al Ansari. Nabi SAW pernah tinggal di rumah tersebut selama 6 bulan sebelum pembinaan Masjid Nabawi. Gambar: معالم المدينة النبوية

Keistimewaan Masjid Quba

Image
Ia adalah masjid pertama yang dibina oleh rasulullah SAW dan Para Sahabat. Firman Alla SWT berkenaan Masjid Quba' dan Para Penduduk Quba ۚ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). -Surah At-Taubah, Ayat 108 Adalah *sunat muakkad* untuk datang ke Masjid Quba' pada hari sabtu sekiranya tidak ada halangan dan keuzuran ke atas kita, maka hari lain juga sudah memadai. Disebut dalam hadis riwayat bukhari dan muslim yang mafhumnya ; " sesungguhnya rasulullah saw selalu datang ke masjid quba...