Posts

Showing posts from 2017

Ilmu, adab dan Guru

Orang yang belajar atau murid itu hendaklah merendah diri meletakkan diri di darjat paling bawah dan tidak menganggapkan dirinya lebih besar daripada ilmu yang diajarkan kepadanya oleh guru. Umpamanya ia berkata di dalam hati : Ilmu ini remeh atau kitab ini kecil sedangkan aku telah banyak belajar, mengapakah guruku menyuruhku belajar menggunakan kitab sekecil ini? Sebaliknya murid hendaklah menerima apa yang di ajarkan oleh guru dan apa yang disuruhnya, tidak menyangkal gurunya dan tidak mengarahkan guru mengajarkannya sesuatu ilmu yang ia mahukan atau mengarahkannya menggunakan sebuah kitab tertentu, tetapi hendaklah menyerahkan kehendaknya itu bulat-bulat kepada gurunya dan menerima sahaja apa yang disuruh oleh guru supaya dipelajari.

صديقي

Image
احب صوتك، الذي يأتيني بعد صمت طويل، ليذكرني ان في الحياة شيء جميل، يسمى  صديق..

Hidup Berbakti

Image
Susah bila hidup tak pernah berbakti, Sekurang-kurangpun berbaktilah kepada diri sendiri dan yang penting buat kedua dua ibu dan ayah kita. Ingat lagi pesanan guruku sebelum aku ke Jordan "Imran, nanti nak pi mana-mana ka , enta kena ada kebaktian kepada agama, kalau cam enta dok negeri arab, baktilah kepada orang arab, balas balik jasa dan bakti rasulullah kepada kita, dengan berkat usaha baginda Islam datang tanah ke tanah air kita, jadi lani kita kena balas balik jasa rasulullah, tunjukkan akhlak yang baik, tu pun dah memadai"

Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah, Mufti Perak

Image
Guru saya Almarhum Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah, Mufti Perak . Saya mendalami bab solat dengan beliau dahulu sekitar tahun 70-80-an. ڬورو ساي المرحوم داتوء حاج محمد غزالي عبدالله، مفتي ڤراق. ساي مندالمي باب صلاة دڠن بلياو دهولو سكيتر تاهون توجوه فولوهن-لافن فولوهن. Beliau belajar di pondok di Malaysia kemudian belajar di Masjidil Haram dan Madrasah as-Saulatiyah al-Hindiyah di Mekah. Ini pengajian peringkat tinggi menggunakan kitab-kitab turath. بلياو بلاجر دڤوندوق دمليسيا كمودين بلاجر دالمسجد الحرام دان مدرسه الصولتية الهندية د مكه. اين ڤڠاجين ڤريڠكت تيڠڬي مڠڬوناكن كتاب-كتاب تراث. Beliau pernah menjadi Imam Besar Masjid Negara yang pertama. Suara beliau sedap. بلياو ڤرنه منجادي امام بسر مسجد نڬارا يڠ ڤرتام. سوارا بلياو سدڤ. Beliau seorang guru yang alim, tegas dan garang. Alhamdulillah ilmu yang dicurahkannya amat berharga kepada saya. بلياو سأورڠ ڬورو يڠ عاليم، تڬس دان ڬارڠ. الحمدلله علمو يڠ دچورهكنڽ امت برهرگا كڤد ساي. Penulis: Tuan Guru Ust Azmi bin Ahmad

Anak Soleh

Image
Anak soleh, Rezeki Ummi dan Walid, Permata keluarga kami, Harta dan rezeki yang paling bernilai, Moga Ahmad Anas Fairuz menjadi saham akhirat buat ummi dan walid. Ya Allah, Permudahkanlah urusan kami dan murahkan rezki ke atas keluarga kami. اللهم صلى على سيدنا محمد.

Kitab Fathul Muin

Image
Kitab Fathul Muin Ia merupakan kitab fiqh syafii yang muktabar. Kitab ini sering kali menjadi rujukan utama di nusantara dalam permasalahan² fiqh. Dalam perbahasan solat, kitab ini lebih terbaik untuk dijadikan rujukan. keistimewaan kitab Fathul Mu'in ini adalah menyebutkan beberapa perkhilafan di antara ulama' dan diambil dari kitab-kitab mereka yang muktabar, dengan mentarjih pendapat mereka baik secara sorih/jelas atau malah melatih kecerdasan pembaca dengan hanya memberikan isyarat atau ibarat yang samar. Dan kebanyakan, pendapat yang diikuti oleh pengarang adalah pendapat guru beliau iaitu Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami, dan guru inilah yang dikehendaki ketika pengarang menyebut Guruku (Syaikhuna). Menurut pengarang kitab Sheikh Zaynuddin al-Malibiri, dalam pemilihan pendapat ulama mazhab yang berbeza, beliau biasanya mendahulukan pendapat Imam al-Nawawi dan Imam al-Rafi'i, kemudian baru pendapat ulama-ulama tahqiq muta-akhkhirin yang lain. Kitab Fathul Mu'in ini

Sekiranya seorang daripada pasangan kafir masuk Islam, apakah hukumnya?

لو أسلم أحد الزوجين المجوسيين أو الوثنين ، أو أسلمت الكتابية تحت كافر تنجزت الفرقة قبل المسيس، وتوقف على العِدة بعد المسيس، ولو أسلما معا استمرا النكاح

Nama Rasmi Putra Sulong Kami.

Image
Alhamdulillah, nama putra sulong kami Ahmad Anas Fairuz bin Muhammad Imran. Ahmad: Antara nama² nabi Muhammad saw, nama manusia yang paling agong. Bersempena juga dengan nama arwah nendaku ahmad bin tahir. Moga beliau senantiasa mencontohi kewarakan, kemesraan  moyangnya. Anas: Di ambil sempena nama periwayat hadis dan sahabat nabi yang mulia Anas bin Malik An Nadhir. Sungguh besar jasa anas terhadap Islam. Antara insan yang pernah didoakan oleh nabi saw. Moga anakku  juga menjadi seperti anas malik yang cerdik, zuhud dan soleh. Fairuz: Fairuz Ad Dailami, juga sahabat nabi, berketurunan arab-parsi. Antara jasanya pada Islam pernah menumpaskan golongan nabi palsu. Juga merupakan utusan rasulullullah saw. Antara pengiktirafan yang diberikan oleh rasulullah pada fairuz: قتله الرجل الصالح فيروز ابن الديلامي "Yang telah membunuhnya(aswad al inshi yakni nabi palsu) ialah lelaki soleh Fairuz Ad Dailami" قتل رجل مبارك من أهل بيت مباركين "Yang telah membunuhnya ialah se

Pengetahuan

Pengetahuan adalah teman kita yang terbaik. dia sentiasa mengikut kita ke mana pun kita pergi. Tatkala semua orang menolak kita, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

Guruku

Image
Kenangan bersama Ustaz Fadil bin Ishak, Guru saya semasa belajar di SMK Gerik. Beliau antara guru yang  banyak membimbing saya sewaktu zaman persekolahan. Mudahan Allah mempermudahkan urusan ustaz dunia dan akhirat..

KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI

Image
*KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI* Pengarang : Tuan Guru Sheikh Baba Abu Qutaibah Rasyidi Abd Rahman Al Fathoni. *Intipati kitab* 📒 Muqaddimah Muhaqqiq 📕Sejarah Ringkas Al Allamah Al Alim Rabbani Sheikh Daud Al Fathoni 📘 Manuskrip tulisan tangan Sheikh Daud Al Fathoni 📘 Menerangkan permasalah khilafiah dalam solat menurut pendapat imam 4 mazhab 📓 mentakhrij hadis ,mesyarahkan ibarat kitab munyatul musolli 📒Memahamkan method pendalilan yang berlaku dalam kitab munyatul musolli . 📓Rujukan utama nusantara dalam bab solat. Kualiti kitab: 🏷Kulit kitab tebal dan amat berkualiti 🏷545 muka surat *Harga RM85 Sekali postage* Berminat boleh PM Imran Radzi Algerikii +60134872970

Belajar Ilmu Fiqh sebelum nikah

Imam Bukhari, di dalam Sahihnya meriwayatkan satu atsar dari Sayyidina Umar ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ beliau berkata: تفقهوﺍ قبل ان تسواود "Faqihlah (belajar & mendalami) kamu dalam ilmu agama terlebih dahulu, sebelum kamu menjadi pemimpin nanti" Syeikh Samir mengatakan bahawa maksud daripada hadis tersebut ialah: "Belajarlah kamu ilmu fiqh sebelum kamu BERNIKAH dan menjadi "tusawwad" iaitu pemimpin rumah tangga, sebelum nanti kamu disibukkan dengan urusan rumah tangga dan kamu sudah tidak sempat lagi belajar."

Soal Jawab agama

Dengan Izin daripada Allah, saya akan memuatkan pada  blog saya dengan artikel²  Q&A (Question and Answer) berkenaan permasalah fiqh dalam qaul muktamad sisi mazhab syafii terutama dalam perkara yang bersangkut paut tentang harian kita.

Hukum menyembelih korban pada waktu malam

Ibadah korban pada waktu malam dimakruhkan disisi ulamak, tetapi ia dibolehkan sekiranya 3 syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha mazhab syafii tidak berlaku. 3 perkara tersebut ialah 1. Daging akan menjadi lembik dan tidak segar pada waktu malam 2. Akan menjadi kesilapan pada haiwan yang dikorban tersebut dan kemungkinan boleh mencederakan penyembelih kerana malam yang gelap. 3. Selalunya orang miskin tidak akan hadir pada majlis korban oada waktu malam. Sekiranya dikalangan kalian berhajat untuk melakukan ibadah korban sebaiknya elakkan 3 perkara tersebut.

Tuan Direktur

Image
Tuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan. Iktibarnya lemak-lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa. Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat di ruang sanubari mengajak kita mensempadani atau menaledani. Ingatkan pesan panjang ini, yang menikam kelobaan kita untuk mencari dan terus mencari sampai tidak tahu berhenti. Sebuah mahakarya HAMKA tentang manusia kecil yang terdaya bangun, berdiri megah , mendongak langit... Tidak kekar sehinggakan lupa rumput di bumi.

Diariku (Ayahku Radzi)

Image
Hari ini ku gagahkan kaki  untuk ke masjid. Meskipun penat berharian dengan isteri keluar untuk persiapan kelahiran putra sulong kami. Tambahan pula, fikiranku celaru memikirkan pencarian pencarian rezeki yang hampir dua bulan tiada pekerjaan tetap selepas tamat bergraduasi di Jordan. Ahhhh. Pedulikan.. Aku terus bingkas bersiap  ke Masjid dengan harapan supaya ada perubahan dalam kehidupanku dan ada teguran Allah yang mengetuk sanubariku. Istimewanya kuliah di masjid pada hari ini, tajuk kuliah berkenaan " dajjal zaman akhir zaman". Aku menghayati sepenuhnya kalam serta pengisian dari pak ustaz tanpa lelapan mata kepenatan dek kepenatan fikir di tengah hari. Jemaah yang lain pun begitu, dongakan kepala tanpa tolehan, duduk sila yang tetap rapat tanpa ubah lipatan kaki. Pak ustaz membawa kami menjelajahi peristiwa hari besar tanda-tanda akhir zaman, membuatkan aku dan para jemaah tekun mendengar dan gerun dengan kekalutan pada akhir zaman. Nanti siri akan datang aku cuba kon

Pesan Guruku Maulana Husseyn.

Org agama tidak sepatutnya menyokong dan memasuki dunia politik membabi buta sebaliknya jadilah daie yg menyeru mana2 pihak dalam parti politik kearah kefahaman agama yg sbnr...

Diari

Image
Hari ini menemani isteri ke klinik kesihatan bakal ibu. Doktor bagi tahu tadi, kondisi bakal putra kami dalam keadaan baik. Kondisi isteri pula dalam keadaan baik, cuma HB masih kurang dan memerlukan pemakanan yang menyumbang kepada penambahan darah. Mohon doakan putra kami dan isteri dalam keadaan sihat sepenuhnya. رب هب لي من لدنك ذرية طيبة انك سميع الدعاء...

Ummah Rosak !

Agenda penjahanaman semula dan peruntuhan nilai-nilai Islam daripada yahudi kepada ummah jawi khususnya boleh kita saksikan di kaca mata kita sendiri. Apa yang kita rasa tidak tergambar pada fikiran kita sejak kecil ternyata berlaku di hadapan kita. Nilai-nilai murni pada ummah nusantara sekarang kian terhakis lagi robek. Silibus pendidikan yang saya rasa terbaik dalam mensistemkan pemuda-pemudi Islam supaya menjadi golongan yang benar-benar menepati generasi madani. Amat malang telahan saya dangkal sama sekali. Apatah lagi, gejala kerosakan akhlak ini galak disenikan dipentas maya. Agenda pembogelan dan pencarikan maruah kerap sekali dihidang buat muda mudi. Akhirnya wujudlah generasi yang tiada nilai ukhrawi. Politikus pula berlumba-berlumba meratah harta rakyat, menjual nama-nama dan kalam Allah untuk keuntungan dan kelesaan serta menambahkan keempukan kerusi. Agenda merakyatkan hanya menjadi pertaruhan dan omongan kosong belaka. Ingatkah kita bagaimana ummah jawi dahulu celik dal

Hatiku dicuit ~♥~

Image
Apa yang membangkitkan rasa rindu pada kampung dan keluarga bila mak selalu ceritakan kisah-kisah silam aku masa aku kecil. Kadang-kadang aku pun tak ingat memori-memori lama ni. Maklumlah sudah hampir dimamah usia. Mak dan ayah lah yang penglibur hikayat "algeriki". Terkadang mai rasa sebak ,mencuit hati, dan yang paling indah kisah-kisah lama yang mungkin aku rasa boleh jadi bekal  untuk anak cucuku kelak. Terima Kasih mak ayah kerana telah mencuit hati ini. Anak kampung. Anak Penoreh.

Ujian atqu Teguran?

      Sebenarnya, kadang-kadang gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh, bukanlah kerana kita tersilap tempat merawat, atau bukan kerana kaedah ruqyah tidak betul, tetapi kerana kita tak sedar yang Allah menegur kita. Allah nak kita berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tetapi kita masih belum berubah.      Apabila kita masih tidak berubah, sebab itulah Allah tidak sembuhkan masalah yang anda alami. Walaupun dah banyak tempat kita pergi dapatkan rawatan ruqyah, masih belum dapat kesembuhan.

Bukti atau Dalil penyakit 'ain.

Musibah penyakit ain telah pun dinyatakan dalam Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Semuanya ini membuktikan bahaha ia nya perlu d ambil berat oleh kita umat Islam bagi menangani masalah penyakit 'ain. (وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ) [Surat Al-Qalam 51] Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila". Imam At Tabari menyatakan bahawa sesungguhnya orang kafir hammpir-hampir menggelincirkan kamu wahai Muhammad, mereka telah menembusi kamu dengan pandangan mereka yang penuh dengan kebenciaan dan permusuhan terhadap kamu, juga mereka menjatuhkan kamu maka  dilemparkan mereka kepada kamu Muhammad dengan pandangan yang penuh kebencian dan kemarahan Maka boleh di

Pengenalan Penyakit 'Ain

Penyakit 'aib ialah  sesuatu kesan yang berlaku atas individu akibat terkena panahan mata , iaitu seseorang yang mengaguminya dengan penuh rasa hasad dalam individu tersebut. Imam Al Jurjani pula mengatakan penyakit 'ain ialah racun yang telah dijadikan oleh Allah pada panahan daripada pandangan penuh kekaguman terhadap sesuatu dan tidak menyandakan kekaguman tersebut pada pada Allah. Dalam memahami tentang penyakit 'ain, ada pendapat mengatakan penyakit 'ain adalah merujuk kepada memandang sesuatu yang disertai dengan pandangan hasad dengki dan iri hati yang cukup kuat daripada jiwa yang kotor  sehingga mendatangkan musibah bagi orang yang dipandangnya. Ia mungkin juga boleh berlaku apabila seseorang yang memandang dengan penuh hasad dengki dengan niat untuk menderitakan orang yang dilihat itu. Ada juga pendapat mengatakan penyakit 'ain berlaku di atas pandangan yang didasarkan kepada kekaguman semata-mata tanpa ada sekalipun sifat hasad. Bahkan boleh juga berl

PERKONGSIAN ILMU PERUBATAN ISLAM

Image
Dengan izin Allah, Al Faqir akan membuat perkongsian secara bersiri berkenaan beberapa dapatan al faqir sepanjang berkecimpung dalam bidang perubatan Islam sama ada perubatan jasmani mahupun mistik. Apa yang menarik dalam perkongsian bersiri ini, al faqir turut mengongsikan beberapa artikel yang dihasilkan oleh al faqir untuk menjadi tatapan umum buat pembaca blog ini.  Perkara yang menjadi keutamaan dalam perkongsian ini, al fakir akan menukilkan beberapa sudut pandang Islam menurut Al Quran , Sunnah , serta beberapa pendapat para ulamak berkenaan perubatan Islam dan juga dikongsikan beberapa khibrah (pengalaman) al faqir dalam sepanjang menjadi perawat perubatan Islam. Semoga dengan usaha ini, al faqer memperoleh saham di akhirat kelak.

ASSASSIN: LAGENDA ORGANISASI SULIT YANG DITAKUTI BANI SELJUK

“Aku pernah berdepan dengan ribuan lelaki. Kesemuanya lebih handal berbandingmu, dan kesemuanya mati – ditanganku!” – Al Mualim. Semestinya apabila berbicara tentang assassin, tentu ramai yang akan berfikir tentang Altair ibn La-Ahad, Enzo Auditore da Firenze dan Desmond Miles. Tetapi ramai yang tidak tahu akan organisasi rahsia “Hashashin” yang memang pernah wujud dalam sejarah masyarakat Syria dan Parsi pada penghujung abad ke-11. Gerakan ini dimulakan oleh pemimpin Negara Nizari Ismailiyah (1090-1256) iaitu Hassan-i-Sabbah, yang mempunyai kesatuan kerajaan yang lebih efektif berbanding Khilafah Fatimiyyah dan Empayar Seljuk. Dan ibu pejabat mereka diletakkan di istana Alamut – dimana kaum wanita tidak dibenarkan masuk atas keselamatan dan rahsia. Ahli-ahli mereka yang dilatih dalam pertempuran, teknik menyamar dan berkuda mempunyai kepakaran dari segi bahasa, strategi dan ‘seni peperangan’. Didorongi barisan Ismaili, jentera-jentera mereka beroperasi secara rahsia dalam usaha me

Hidup berjasa.

Image
Jangan pernah menunda mengucapkan syukur dan terima kasih buat insan keliling. Kerna kita tidak akan pernah tahu berapa lama lagi hidup di dunia ini. Hidup berjasa, Misi Akhirat.

Tiket Terbang AMM IST KUL

AMM IST by Pegasus airlines via Ankara one way 130 JD AMM IST Atatork airport by RJ 340 JD AMM IST Atatork airport by Turkish 340 JD IST KUL by Emirates 335 JD IST KUL by Turkish direct 415 JD IST KUL by Rj via Amman  250 JD

PENTING BUAT PELANGGAN QATAR

Penting! Buat pelanggan-pelanggan Qatar yang dikasihi, Pihak Qatar baru sahaja menetapkan, kepada sesiapa yang telah membeli dan menempah serta bakal membuat tempahan tiket dengan QatarAirways, pembelian tiket pada kali ini mestilah disertakan dengan salinan KAD PELAJAR. . . Susulan itu, penyerahan salinan sofcopy @ hard copy (muka depan sahaja) boleh dihantar pada saya atau Az-zahraa Ayob  @ pada emel saya selewatnya pada hari Jumaat ini. . . #Softcopy boleh dihantarkan pada emel saya imranalgeriki@gmail.com . Saya menggalakkan sahabat-sahabat semua untuk scan menggunakan aplikasi cmscanner bagi memudahkan urusan kalian. Link : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.intsig.camscanner @ #Harcopy boleh diserahkan pada saya bermula pada hari ini sehingga khamis di Jamiah . Terima Kasih, Mohon maaf atas segala kesulitan.