Posts

Showing posts from March 26, 2018

Imam tidak membetulkan kesalahanya selepas ditegur

Dalam kitab Majmu' menyebutkan perkara-perkara berkaitan permasalahan imam meninggalkan suatu perbuatan yang salah setelah di tegur oleh imam 1. Imam meninggalkan suatu perbuatan fardhu seperti duduk pada tempat yang sepatutnya dia berdiri atau sebaliknya serta tidak mengubah perlakuannya setelah ditegur. Maka pada ketika itu, makmum tidak boleh mengikuti imam sama ada imam tersebut dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Hal ini kerana: i. Sekiranya imam meninggalkan rukun dengan sengaja, maka solatnya batal. ii. Sekiranya imam meninggalkan kerana terlupa, maka perbuatanya tidak dikira. Sebab itu, makmum perlu mufaraqah dan menyempurnakan solat secara berjemaah 2. Jika imam meninggalkan perkara sunat, maka terbahagi kepada tiga masalah: i. Sekiranya makmum melakukan perkara sunat yang ditinggalkan oleh imam menyebabkan dia menyalahi perbuatan imam secara melampau seperti melakukan sujud tilawah atau tasyahud awal yang ditinggalkan oleh imam, maka perbuatanya itu tidak di