Posts

Showing posts from May 24, 2019

KISAH YAHUDI MEMELUK ISLAM KERANA AL QURAN

Imam Baihaqi menceritakan dalam kitab dalailul nubuwwah yang diceritakan oleh Yahya bin Aksam : satu hari khalifah Ma'mun Ibn Rasyid menjemput para ilmuwan yang berlainan bidang untuk di adakn satu diskusi serta perbincangan ilmiah . Antara yang hadir ketika itu seorang lelaki yang berpenampilan kemas, segak dan wangian yang harum . Ketika majlis itu lelaki tersebut banyak menyuarakan sesuatu pandangan, idea , saranan dan berwawasan dalam menyatakan sesuatu. Hal ini menyebabkan khalifah Ma'mun tertarik sangat pada lelaki tersebut. Selepas sahaja selesai diskusi tersebut, khalifah memanggil lelaki tersabut lalu bertanya , "adakah kamu orang yahudi" maka di jawab lelaki tersebut "ya, aku orang yahudi" , lalu khlifah mempelawa lelaki tersebut untuk memeluk agama islam serta lelaki tersebut di tawarkan kedudukan yang terhormat disisi orang islam, lalu lelaki tersebut berkata "itukan agama datok nenek moyangku, mustahil untuk aku tinggalkannya" . Kemud