Posts

Showing posts with the label geopolitik

ASSASSIN: LAGENDA ORGANISASI SULIT YANG DITAKUTI BANI SELJUK

“Aku pernah berdepan dengan ribuan lelaki. Kesemuanya lebih handal berbandingmu, dan kesemuanya mati – ditanganku!” – Al Mualim. Semestinya apabila berbicara tentang assassin, tentu ramai yang akan berfikir tentang Altair ibn La-Ahad, Enzo Auditore da Firenze dan Desmond Miles. Tetapi ramai yang tidak tahu akan organisasi rahsia “Hashashin” yang memang pernah wujud dalam sejarah masyarakat Syria dan Parsi pada penghujung abad ke-11. Gerakan ini dimulakan oleh pemimpin Negara Nizari Ismailiyah (1090-1256) iaitu Hassan-i-Sabbah, yang mempunyai kesatuan kerajaan yang lebih efektif berbanding Khilafah Fatimiyyah dan Empayar Seljuk. Dan ibu pejabat mereka diletakkan di istana Alamut – dimana kaum wanita tidak dibenarkan masuk atas keselamatan dan rahsia. Ahli-ahli mereka yang dilatih dalam pertempuran, teknik menyamar dan berkuda mempunyai kepakaran dari segi bahasa, strategi dan ‘seni peperangan’. Didorongi barisan Ismaili, jentera-jentera mereka beroperasi secara rahsia dalam usaha me