Posts

Showing posts from August 9, 2018

Syak dalam solat

فليطرح الشك واليبن على مااستيقن. Maka hendaklah menghilangkan segala syak/keraguan itu dengan membuatkan keputusan berdasarkan keyakinan. Lafaz  فليطرح dan وليبن dalam hadis ini adalah fi'il mudhari' yang di serta kan lam Al-Amr yang menunjukkan perintah wajib bagi setiap orang yang syak dalam solat dengan menghilangkan syak tersebut dengan membuatkan keputusan berdasarkan apa yang diyakinkan .

Beliau puasa kaffarah, kemudian beliau tak mampu pada pertengahan puasa. Apakah solusinya?

Tadi anak murid saya bertanya berkenaan puasa kaffarah. Sekiranya seorang itu dia berpuasa dua bulan berturut-turut kerana melakukan persetubuhan dalam bulan ramadhan. Kemudian dalam tempoh puasanya tersebut dia tidak mampu untuk laksanakan. Jadi, adakah perlu dia(suami) perlu utk ulang semula puasa tersebut kerana puasa itu perlu berturut-turut? Jawapan saya: selagi mampu berpuasa tidak terus harus pergi kepada memberi makan fakir miskin. Hanya apabila tidak mampu berpuasa barulah boleh berpindah kepada memberi makan. Maksud tidak mampu ialah; dengan berpuasa menyebabkan kepayahan pada diri yang tidak terpikul pada kebiasaannya. Jika dalam tempoh dua bulan seseorang itu mendapati ia hanya mampu untuk berpuasa pada sebahagian harinya sahaja (yakni tidak mampu mencukupkan dua bulan), ia dikira tidak mampu secara keseluruhannya dan boleh terus berpindah kepada memberi makan fakir/miskin.