Posts

Showing posts from April 4, 2018

Apakah hukum membaca yasin malam jumaat?

Tidak ada larangan untuk membacanya, malah akan dapat pahala. Imam As Suyuti menyebutkan dalam kitab خصوصيات يوم الجمعة , belia menukilkan hadis yang telah di bawa oleh al imam al baihaqi iaitu: من قراء ليلة الجمعة حم الدخان ويس اصبح مغفورا له Maksudnya ialah barang siapa yang membaca pada malam jumaat surah ad dukhan dan yasin, maka akan terampun dosanya. Jadi, malam jumaat dipilih kerna ia adalah penghulu kepada semua hari dan penuh keberkatan.

Adakah boleh berzikir secara jemaah selepas solat fardhu?

Sunat dan sabit dengan dalil: "بسبحونك ويكبرونك ويحمدونك ويمجدونك" Mereka bertasbih, bertakbir, bertahmid serta mengagungkanMu (Riwayat Bukhari) 1. Perkataan yang disebut dalam hadis di atas adalah dalam bentuk jamak (ramai/banyak) 2. Jadi, hadis ni nak menunjukkan kepada kita bahawa keutamaan majlis zikir, kelebihan zikir 3. Imam Nawawi membuat satu bab khusus bertajuk keutamaan halaqah zikir di dalam kitabnnya Riyadus Solihin dan meletakkan hadis di atas sbg hadis yang pertama. Adapun zikr secara nyaring @ jahar sabit dalam hadis bukhari muslim yang berbunyi  daripada Ibn Abbas: رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد كان على ععد النبي صلى الله عليه وسلم Meninggikan berzikir selepas org ramai selesai dpd solat fardhu berlaku pada zaman nabi Muhamad SAW

Apakah hukum solat jamak jumaat dengan solat asar?

Di dalam mazhab syafie  kitab  Mughni Al Muhtaj menyebutkan ﻭ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺠ‍‍ﻤ‍‍ﻌ‍‍ﺔ ‍ﻛ‍‍ﺎ‍ﻟ‍‍ﻈ‍‍ﻬ‍‍ﺮ ‍ﻓ‍‍ﻲ‍ ‍ﺟ‍‍ﻤ‍‍ﻊ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺘ‍‍ﻘ‍‍ﺪ‍ﻳ‍‍ﻢ‍ ‍ﻛ‍‍ﻤ‍‍ﺎ ‍ﻧ‍‍ﻘ‍‍ﻠ‍‍ﻪ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺰ‍ﺭ‍ﻛ‍‍ﺸ‍‍ﻲ‍ ‍ﻭ‍ﺍ‍ﻋ‍‍ﺘ‍‍ﻤ‍‍ﺪ‍ﻩ‍ ‍ﻛ‍‍ﺠ‍‍ﻤ‍‍ﻌ‍‍ﻬ‍‍ﻤ‍‍ﺎ ‍ﺑ‍‍ﺎ‍ﻟ‍‍ﻤ‍‍ﻄ‍‍ﺮ ‍ﺑ‍‍ﻞ‍ ‍ﺃ‍ﻭ‍ﻟ‍‍ﻰ, ‍ﻭ‍ﻳ‍‍ﻤ‍‍ﺘ‍‍ﻨ‍‍ﻊ‍ ‍ﺗ‍‍ﺄ‍ﺧ‍‍ﻴ‍‍ﺮ‍ﺍ ‍ﻟ‍‍ﺄ‍ﻥ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺠ‍‍ﻤ‍‍ﻌ‍‍ﺔ ‍ﻟ‍‍ﺎ ‍ﻳ‍‍ﺘ‍‍ﺄ‍ﺗ‍‍ﻰ ‍ﺗ‍‍ﺄ‍ﺧ‍‍ﻴ‍‍ﺮ‍ﻫ‍‍ﺎ ‍ﻋ‍‍ﻦ‍ ‍ﻭ‍ﻗ‍‍ﺘ‍‍ﻬ‍‍ﺎ Solat Jumaat itu sama seperti solat zuhur yang dibolehkan untuk melakukan jamak takdim, sebagaimana di nukilkan oleh zarkasyi dan beliau berpegang dengannua untuk menggabungkan kedua-dua solat tersebut disebabkan hujan lebat , bahkan ini lebih utama. Jamak takhir dilarang kerang solat jumaat boleh ditangguh dan di akhirkan waktunya. Maka jelaslah penghuraian Sheikh Khatib Syarbini bahawa jamak taqdim antara solat jumaat dan asar itu sama hukumnya dengan solat zohor dan jumaat.

Apa beza masjid jamik dan masjid ghairu jamik? Adakah sah beriktikaf pada kedua-dua masjid tersebut.

"Rukun keempat ialah tempat yang digunakan untuk beriktikaf dan syaratnya ialah masjid seperti yang disebutkan sebelum ini. Tetapi masjid Jamik itu adalah lebih utama utk beriktikaf di dalamnya supaya orang yang beriktikaf itu tidak perlu keluar lagi utk mengerjakan solat jumaat . Lagi pun mereka yang solat di masjid jamik adalah lebih ramai" Rujukan: Kifayatul Akhyar