Posts

Showing posts with the label Tasawuf

KONSEP TASAWUF MENURUT KACAMATA AHLI SUFI

Oleh: Dr. Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi** Universiti Darul Iman Malaysia Pendahuluan Tasawuf merupakan satu cabang ilmu keislaman yang sudah diakui kebenarannya. Dari segi penamaan, ia ternyata baru muncul dalam dunia Islam. Namun hakikatnya tasawuf itu sudahpun wujud di zaman Nabi s.a.w. dan lebih dikenali dengan nama ilmu ihsan, ilmu nafi`, ilmu batin atau ilmu di dalam hati (fi al-qalb). Nama tasawuf hanya mula muncul di zaman pengkelasan ilmu. Ilmu ini semakin hari semakin dipinggirkan, bahkan ia merupakan ilmu yang mula-mula akan pupus dari jiwa manusia. Mengenai ilmu ini `Ubadah bin Samit menjelaskan “sekiranya engkau ingin tahu, akan aku khabarkan kepadamu ilmu yang mula-mula diangkat dari manusia, iaitu al-khusyu`”. Tulisan ini akan menjelaskan mengenai ilmu tasawuf tersebut dengan memberikan tumpuan kepada konsep dan kedudukannya dalam Islam, cara mencapainya dan juga peranannya. Beberapa Tanggapan Yang Kurang Tepat Mengenai Tasawuf Tasawuf seringkali disalahfahami dan d

IMAM SAYUTHI DAN ILMU HADIS.

Image
IMAM SAYUTHI DAN ILMU HADIS. Pada tahun 872 h . , sewaktu berusia 23 tahun, Imam Sayuthi mula mengajar Ilmu Hadis dengan kaedah Imlai, satu kaedah yang tertinggi , dengan cara guru membaca hadis dari hafalannya tanpa melihat kitab, dan murid mendengarnya kemudian mencatitkannya. Dikatakan kaedah ini telah berhenti, tiada ulamak yang mempraktikkanya lagi semenjak wafat Imam Ibnu Hajar al Asqolani. Sayuthi menghidupkannya kembali di masjid Jami' Ahmad bin Thulun. Ketika berusia 37 tahun iaitu pada tahun 886 Hijrah beliau mula secara serius mengarang. Imam Suyuti merupakan ulama' hadith yang paling alim pada zamannya, seorang Al-Hafiz yang amat diyakini, mengetahui lafaz-lafaz hadis yang gharib (ganjil) dan mampu mengistinbathkan (mengeluarkan) hukum-hukum darinya. Pada zaman Ibnu Hajar, terdapat beberapa hadith yang tertangguh kerana tidak diketahui siapa perawi dan kedudukan hadith tersebut. Lalu hadith tersebut diajukan kepada Imam Suyuti. Dengan kemahirannya, belia