Posts

Showing posts from September, 2017

Kitab Fathul Muin

Image
Kitab Fathul Muin Ia merupakan kitab fiqh syafii yang muktabar. Kitab ini sering kali menjadi rujukan utama di nusantara dalam permasalahan² fiqh. Dalam perbahasan solat, kitab ini lebih terbaik untuk dijadikan rujukan. keistimewaan kitab Fathul Mu'in ini adalah menyebutkan beberapa perkhilafan di antara ulama' dan diambil dari kitab-kitab mereka yang muktabar, dengan mentarjih pendapat mereka baik secara sorih/jelas atau malah melatih kecerdasan pembaca dengan hanya memberikan isyarat atau ibarat yang samar. Dan kebanyakan, pendapat yang diikuti oleh pengarang adalah pendapat guru beliau iaitu Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami, dan guru inilah yang dikehendaki ketika pengarang menyebut Guruku (Syaikhuna). Menurut pengarang kitab Sheikh Zaynuddin al-Malibiri, dalam pemilihan pendapat ulama mazhab yang berbeza, beliau biasanya mendahulukan pendapat Imam al-Nawawi dan Imam al-Rafi'i, kemudian baru pendapat ulama-ulama tahqiq muta-akhkhirin yang lain. Kitab Fathul Mu'in ini

Sekiranya seorang daripada pasangan kafir masuk Islam, apakah hukumnya?

لو أسلم أحد الزوجين المجوسيين أو الوثنين ، أو أسلمت الكتابية تحت كافر تنجزت الفرقة قبل المسيس، وتوقف على العِدة بعد المسيس، ولو أسلما معا استمرا النكاح

Nama Rasmi Putra Sulong Kami.

Image
Alhamdulillah, nama putra sulong kami Ahmad Anas Fairuz bin Muhammad Imran. Ahmad: Antara nama² nabi Muhammad saw, nama manusia yang paling agong. Bersempena juga dengan nama arwah nendaku ahmad bin tahir. Moga beliau senantiasa mencontohi kewarakan, kemesraan  moyangnya. Anas: Di ambil sempena nama periwayat hadis dan sahabat nabi yang mulia Anas bin Malik An Nadhir. Sungguh besar jasa anas terhadap Islam. Antara insan yang pernah didoakan oleh nabi saw. Moga anakku  juga menjadi seperti anas malik yang cerdik, zuhud dan soleh. Fairuz: Fairuz Ad Dailami, juga sahabat nabi, berketurunan arab-parsi. Antara jasanya pada Islam pernah menumpaskan golongan nabi palsu. Juga merupakan utusan rasulullullah saw. Antara pengiktirafan yang diberikan oleh rasulullah pada fairuz: قتله الرجل الصالح فيروز ابن الديلامي "Yang telah membunuhnya(aswad al inshi yakni nabi palsu) ialah lelaki soleh Fairuz Ad Dailami" قتل رجل مبارك من أهل بيت مباركين "Yang telah membunuhnya ialah se