Posts

Showing posts with the label muamalat

Apakah Hukum Main Kutu

Image
Apakah hukum main kutu? . Perkongsian pada kali kami akan memuatkan apakah hukum bermain kutu serta pandangan para ulamak berkenaan main kutu. Sebelum kita bicara berkaitan hukum main kutu, ada rasa eloknya kita tahu apakah itu main kutu? secara fahamnya menurut tradisi masyarakat kita di Malaysia, kutu boleh didefinasikan sebagai wang atau manfaat lain yang disumbangkan setiap bulan oleh setiap orang, mengikut giliran ,serta mereka yang menyertai permainan kutu ini akan mendapat bahagian masing-masing. Dalam erti kata lain, kutu ini adalah konsep "aku pinjamkan dulu, nanti huma (kamu) pulak bagi pinjam kat aku sebagai sayarat" walaupun ia tidak berlafaz. Apakah hukum bermain kutu? Pendapat muktamad di dalam mazhab kita syafie mengatakan haram kutu sekiranya tidak berlafaz. Malah disebutkan di dalam kitab muktabar di dalam mazhab syafie iaitu kitab Nihayatul Muhtaj mengatakan ;   Tujuan utama memberikan pinjaman ini ialah untuk berlaku ehsan, jadi apabila ada sy