Posts

Showing posts from December, 2017

Ilmu, adab dan Guru

Orang yang belajar atau murid itu hendaklah merendah diri meletakkan diri di darjat paling bawah dan tidak menganggapkan dirinya lebih besar daripada ilmu yang diajarkan kepadanya oleh guru. Umpamanya ia berkata di dalam hati : Ilmu ini remeh atau kitab ini kecil sedangkan aku telah banyak belajar, mengapakah guruku menyuruhku belajar menggunakan kitab sekecil ini? Sebaliknya murid hendaklah menerima apa yang di ajarkan oleh guru dan apa yang disuruhnya, tidak menyangkal gurunya dan tidak mengarahkan guru mengajarkannya sesuatu ilmu yang ia mahukan atau mengarahkannya menggunakan sebuah kitab tertentu, tetapi hendaklah menyerahkan kehendaknya itu bulat-bulat kepada gurunya dan menerima sahaja apa yang disuruh oleh guru supaya dipelajari.

صديقي

Image
احب صوتك، الذي يأتيني بعد صمت طويل، ليذكرني ان في الحياة شيء جميل، يسمى  صديق..

Hidup Berbakti

Image
Susah bila hidup tak pernah berbakti, Sekurang-kurangpun berbaktilah kepada diri sendiri dan yang penting buat kedua dua ibu dan ayah kita. Ingat lagi pesanan guruku sebelum aku ke Jordan "Imran, nanti nak pi mana-mana ka , enta kena ada kebaktian kepada agama, kalau cam enta dok negeri arab, baktilah kepada orang arab, balas balik jasa dan bakti rasulullah kepada kita, dengan berkat usaha baginda Islam datang tanah ke tanah air kita, jadi lani kita kena balas balik jasa rasulullah, tunjukkan akhlak yang baik, tu pun dah memadai"

Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah, Mufti Perak

Image
Guru saya Almarhum Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah, Mufti Perak . Saya mendalami bab solat dengan beliau dahulu sekitar tahun 70-80-an. ڬورو ساي المرحوم داتوء حاج محمد غزالي عبدالله، مفتي ڤراق. ساي مندالمي باب صلاة دڠن بلياو دهولو سكيتر تاهون توجوه فولوهن-لافن فولوهن. Beliau belajar di pondok di Malaysia kemudian belajar di Masjidil Haram dan Madrasah as-Saulatiyah al-Hindiyah di Mekah. Ini pengajian peringkat tinggi menggunakan kitab-kitab turath. بلياو بلاجر دڤوندوق دمليسيا كمودين بلاجر دالمسجد الحرام دان مدرسه الصولتية الهندية د مكه. اين ڤڠاجين ڤريڠكت تيڠڬي مڠڬوناكن كتاب-كتاب تراث. Beliau pernah menjadi Imam Besar Masjid Negara yang pertama. Suara beliau sedap. بلياو ڤرنه منجادي امام بسر مسجد نڬارا يڠ ڤرتام. سوارا بلياو سدڤ. Beliau seorang guru yang alim, tegas dan garang. Alhamdulillah ilmu yang dicurahkannya amat berharga kepada saya. بلياو سأورڠ ڬورو يڠ عاليم، تڬس دان ڬارڠ. الحمدلله علمو يڠ دچورهكنڽ امت برهرگا كڤد ساي. Penulis: Tuan Guru Ust Azmi bin Ahmad

Anak Soleh

Image
Anak soleh, Rezeki Ummi dan Walid, Permata keluarga kami, Harta dan rezeki yang paling bernilai, Moga Ahmad Anas Fairuz menjadi saham akhirat buat ummi dan walid. Ya Allah, Permudahkanlah urusan kami dan murahkan rezki ke atas keluarga kami. اللهم صلى على سيدنا محمد.