Posts

Showing posts with the label tazkiyatun nafs

SUFI MENURUT KITAB SIRRUL ASRAR

Image
Darwis(Sufi) Ada satu golongan yang dikenali sebagai sufi. Empat tafsiran diberikan kepada istilah sufi. Ada yang melihatnya pada keadaan zahir mereka memakai baju bulu yang kasar. Bulu dalam bahasa Arab ialah suf. Dari perkataan ini mereka dipanggil sufi. Yang lain melihat kepada kehidupan mereka yang bebas daripada kekacauan dunia ini serta kedamaian dan ketenteraman mereka, keadaan yang sesuai dengan bahasa Arab safa. Daripada perkataan safa itu timbul istilah sufi. Yang lain pula memandang lebih mendalam, kepada hati mereka yang suci murni dan bebas daripada apa sahaja kecuali Zat Allah. Dalam bahasa Arab safi bererti kesucian hati dan dari perkataan itu dikatakan timbul istilah sufi. Yang lain memanggil mereka sufi kerana mereka hampir dengan Allah dan akan berdiri di barisan pertama di hadapan Allah pada hari kiamat. Safi dalam bahasa Arab bermakna barisan. Terdapat empat alam, empat dunia. Pertama ialah alam atau dunia jirim - tanah, air, api dan angin merupakan jirim dalam alam

CAHAYA MUKA NABI MUHAMMAD S.A.W

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." KIJANG DAN ANAKNYA Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 
Rasulullah s.a.w., pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu "Siapa kamu?"Jawab makluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam." Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut.Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sah

NASIHAT IMAM AL GHAZALI

Image
PINTU PINTU SYAITAN MASUK KE DALAM HATI~ 1.PINTU MAAH DAN SYAHWAT 2.HASD DENGKI DAN TAMAKKAN KEDUNIAAN 3.KEKENYANGAN MAKANAN 4.KEGEMARAN MHIAS DIRI DAN RUMAH TANGGA 5.KEINGINAN MENGAMPU 6.GOPOH DAN TIDAK MENYELIDIKI TERLEBIH DAHULU 7.HARTA DAN WANG RINGGIT 8.LOKEK DAN TAKUTKAN KEMISKINAN 9.KETERLALUAN FANATIK DAN TAK SUB KPD MAZHAB SERTA MENDENDAM DAN MENGHINA 10.PERBUATAN MEMIKIR TNTNG ZAT DAN SIFAT ALLAH DAN PERKARA2 TANPA ILU PENGETAHUAN DAN DILUAR AKAL FIKIRAN 10.SANGKAAN BURUK SESAAMA KAUM MUSLIMIN

sape dajjal tu

Image
NI ke DAJJALLLLLLLLLLL ????????? Dari Abu Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasulallah s.a.w. telah berkhutbah di hadapan kami. Di dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda : “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Jika dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga diri”. “Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya”. “Pada mulanya dia mengaku sebagai Tuhan, ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu melihat sebelum kamu mati. Dajjal itu ca