Posts

Showing posts with the label halaman utama

SUFI MENURUT KITAB SIRRUL ASRAR

Image
Darwis(Sufi) Ada satu golongan yang dikenali sebagai sufi. Empat tafsiran diberikan kepada istilah sufi. Ada yang melihatnya pada keadaan zahir mereka memakai baju bulu yang kasar. Bulu dalam bahasa Arab ialah suf. Dari perkataan ini mereka dipanggil sufi. Yang lain melihat kepada kehidupan mereka yang bebas daripada kekacauan dunia ini serta kedamaian dan ketenteraman mereka, keadaan yang sesuai dengan bahasa Arab safa. Daripada perkataan safa itu timbul istilah sufi. Yang lain pula memandang lebih mendalam, kepada hati mereka yang suci murni dan bebas daripada apa sahaja kecuali Zat Allah. Dalam bahasa Arab safi bererti kesucian hati dan dari perkataan itu dikatakan timbul istilah sufi. Yang lain memanggil mereka sufi kerana mereka hampir dengan Allah dan akan berdiri di barisan pertama di hadapan Allah pada hari kiamat. Safi dalam bahasa Arab bermakna barisan. Terdapat empat alam, empat dunia. Pertama ialah alam atau dunia jirim - tanah, air, api dan angin merupakan jirim dalam alam

DIMANAKAH TAHAP SEMBAHYANG KITA?

Image
Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu. Golongan Pertama Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. Golongan Kedua Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala. Golongan Ketiga Or

TANDA KIAMAT KECIL (2)

Image
Menghias masjid dan membanggakannya "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. Ramai orang soleh meninggal dunia "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

WAHAI TUHAN, BERILAH AKU TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.

Image
Selalu kita berdoa kepada Allah seperti demikian. Cuma, perlulah kita ingat bahawa hidayah dan taufik ini adalah berbeza pengertiannya. Sekiranya seseorang itu sudah ingin kepada agama dan ingin hendak melaksanakan hidup secara lslam, kemudian dia pun belajar mengenai agama serta syariat-syariatnya (tauhid, fikah dan tasawuf), maka dia dikatakan sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Dia sudah mendapat petunjuk dari Allah iaitu Allah sudah ketuk pintu hatinya supaya ingin beragama. Dia sudah ingin melaksanakan hidupnya secara Islam, cara makan minumnya, cara susunan rumahtangganya, cara kenduri kendaranya dan sebagainya. Dan ilmu pun sedikit sebanyak sudah dipelajari iaitu ilmu syariat. Tetapi dia belum tentu lagi mendapat taufik dari Allah s.w.t. Orang yang mendapat taufik ialah apabila dia melaksanakan ilmu yang dipelajarinya itu, pelaksanaannya tepat dan betul. Jadi bagi orangorang yang sudah mendapat hidayah kemudian melaksanakan apa yang dipelajarinya itu dengan betul, maka

Lelaki Yang Bakal Ke Neraka

Image
"Pertama:- Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. Kedua:- Suaminya Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya. Ketiga:- Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat. Keempat:- Anak Lelakinya

MUTIARA KATA

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia

Image
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- 1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin. 2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. 3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid. 4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka. 5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah. 6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu

NASIHAT LUQMAN AL HAKIM

Image
TAZKIRAH khadija menulis "01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga. 03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada A

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia

Image
.... ¨ Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia. ¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati. ¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak. ¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan. ¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan. ¨ Ujub dan sombong. ¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam. ¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar. ¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah. ¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian. ¨ Bodoh diatas setiap tindakan

tajwid

Mad Wajib Muttasil Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah yang sama.. Ia dinamakan mad wajib kerana para qurra’ telah bersepakat memadkannya lebih daripada mad asli iaitu dengan empat, lima atau enam harakat. Ia juga dinamakan mad muttasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berangkai dalam satu kalimah Mad Jaiz Munfasil Huruf mad berada di akhir kalimah yang pertama dan huruf hamzah berada diawal kalimah berikutnya , maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan(munfasil) dalam dua kalimah. Ia juga dinamakan mad jaiz (harus) kerana para Qurra’ berselisih pendapat mengenai kadar panjang bacaan madnya , diantaranya ada yang membacanya dengan kadar dua harakat ,ada yang membacanya dengan empat atau lima dan ada yang membacanya dengan enam harakat. Dinamakan munfasil (berasingan) pula kerana terpisahnya sebab iaitu huruf hamzah dengan huruf mad dalam dua kalimah. Mad Lazim Selepas huruf mad terdapat huruf bertanda sukun asli wujud dikala bacaan bersamb

7 HAL AGAR SELALU TAKUT KEPADA ALLAH

Abu Al-laits sebagaimana Imam Al-Ghazali dalam “Mukasyafah Al-Qulub” mengajarkan kita untuk melakukan 7 hal agar selalu takut kepada Allah: 1. Takut kepada lidah. - Mencegah lidahnya dari perkataan dusta, menfitnah, menipu dan perkataan yang tidak berguna. Sebalknya ia menggunakan pada jalan berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran dan menghafal ilmu. 2. Takut kepada kalbu. - Mengeluarkan daridalam hatinya rasa permusuhan, kedengkian, dan hasad dengki.Ini kerana hasad dengki dapat menghapuskan amal kebajikan, sebagaimana hadith jujungan mulia: “Hasd dengki memakan kebaikan seperti api membakar daun kering” 3. Takut pada pandangan. - Tidak memandang sebagaimana perkara-perkara yang diharamkan Allah. Sebaliknya, ia mengarahkan pandangannya kepada sesuatu seraya mengambil pelajaran hidup (`ibrah) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa yang memenuhi kedua matanya dengan pandangan haram, nescaya pada hari kiamat Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api neraka.” 4. Takut pada p

4 perkara sbelum tidooooooooooooooooo

ibnu rad Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkautidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :1.Sebelum khatam Al Qur'an.2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.3.Sebelum para muslim meredhai kamu.4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah..." Bertanya Aisyah :" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4perkara seketika.?"Rasul tersenyum dan bersabda :"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kaumengkhatamkan Al Qur'an.""Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kamisemua akan memberi syafaat dihari kiamat ""Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhaikamu.""Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

tanda hampir ajal

ibnu radzi: tanda hampir ajal Menurut ulama TANDA HAMPIR AJALni adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yangdikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tandaini cuma samada mereka sedaratau tidak sahaja. Tanda ini akanberlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambutsehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akanmengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimanajika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati dagingtersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi merekayang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tandamati maka getaran ini akanberhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaranatau mereka yang hanyutdengan kenikmatan tanpa memikirkan soalkematian, tanda ini akanlenyap begitu sahaja tanpa sebarangmunafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tandaini maka ini adalah pel

BUATMU SAHABAT

Message tazkirah - Sekuat mana pun godaan yg kita hadapi,sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani,sebesar mana pun kgagalan yang kita rasai,sejenuh mana pun hari2 yang kita lalui,jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi,jangan pernah berhenti berdoa kepada Rabb kerana harapan adalah ms hadapan,kerana harapan adalah sumber kekuatan,kerana doa adalah pintu kebaikan dan kerana doa adalah senjata orang beriman. - Manisnya persahabatan kerana manisnya iman,diikat kuat bukan kerana aliran darah,tetapi dipatri kerana Allah,bersabar dengan karenah insan dan menegur dengan kasih saying kerana enggan berpisah di hari pembalasan -Jangan ditanya apa yang islam berikan pada kamu,tapi tanyalah apa yang kamu berikan untuk islam,dan ingatlah islam tidak memerlukan kamu,sebaliknya kamu yang benar2 memerlukan islam.berjuanglah habis-habisan untuknya. -Perjalanan hidup makin singkat,ruang yang diisi makin padat dengan urusan dunia..kealpaan memenuhi pelbagai impian..belum terlewat menole

BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja. "Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja."Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?""Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka."Segera katakan apakah itu." Desak raja."Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.Mendengar cerita tentang

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Image
ibnu radzi:Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam b

KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik." Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya

LUASNYA NERAKA

Image
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allahmenyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuany

petua imam syafie

EMPAT CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka