Posts

Showing posts from December, 2019

Hukum Membaca Bismillah di awal Khutbah

Image
Dalam Islam dianjurkan untuk membaca bismillah ketika akan permulaan setiap amal yang baik. Namun yang sering kita dengar khatib memulakan khutbah dengan membaca alhamdulillah. Bukan membaca bismillah. Bagaimanakah hukum membaca  bismillah diawal khutbah? Jawapannya: Sah khutbahnya tetapi bidaah seperti mana yang disebutkan dalam kitab bughyah.

Siapakah Banu Qantura' ?

Image
Maksud hadis : Tidak akan berlaku kiamat  sehingga kalian memerangi kaum yang seliparnya diperbuat daripada bulu-bulu. Dan tidak akan terjadinya qiamat sehingga kamu kalian memerangi satu kaum seakan mukanya seperti perisai yang tebal (kulit wajah yang tebal), kecil matanya (sepet)  kepek hidungnya.  اخرجه الخمسة  Ertinya diriwayatkan oleh lima perawi hadis Abu Daud, Tirmizi, Imam Nasaei, Ibn Majah, Imam Ahmad ibn Hanbal. Keterangan dan Huraian Hadis pada gambar di atas menunjukkan berkenaan ciri-ciri Bani Qantura' iaitu wajah yang lebar mata yang sepet dan hidung yang besar. Ulamak mengatakan bahawa bani Qantura' ini ialah daripada bangsa  turk  seperi mana yang disebut dalam riwayat  al bukhari  iaitu : لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون الترك Tidak akan berlaku kiamat sehingga kaum muslimin bangkit memerangi bangsa turk. Dari hadis sahih ini, dapat disimpulkan bahawa ; 1. Yang dimaksudkan bani qantura' itu ialah bansa  turk.  Imam Bukhari sendiri meletakkan hadis sahih in

Cara Mengangkat Tangan Ketika Takbiratul Ihram

Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram seringkali kita melihat seseorang yang akan melakukannya mengangkat kedua tangannya dengan cara yang berbebeza. Kadang-kadang cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram  tidak menepati dengan hadis rasulullah dan pendapat dalam mazhab kita syafie. Sebenarnya bagaimanakah cara  mengangkat tangan ketika takbiratul ihram? Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram adalah sebagai berikut:   1. Mengangkat kedua telapak tangan dalam keadaan terbuka ke arah kiblat  2. Sejajarkan jari-jari tangan dengan menempatkan pada atas telinga  3. Sedangkan ibu jari dekatkan pada cuping (tempat anting-anting) telinga, dan telapak tanganya disejajarkan dengan bahu. 4.Jari-jari selain jari ibu hendaklah dibengkokkan sedikit  ke arah kiblat 5. Renggangkan sedikit antara jari dengan jari yang lain. Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram bagi orang yang tangannya terpotong   seperti disebutkan di dalam kitab Hasyiah Al-Jamal; 1. Sekiranya yang ter