Posts

Showing posts with the label tazkirah

WAHAI TUHAN, BERILAH AKU TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.

Image
Selalu kita berdoa kepada Allah seperti demikian. Cuma, perlulah kita ingat bahawa hidayah dan taufik ini adalah berbeza pengertiannya. Sekiranya seseorang itu sudah ingin kepada agama dan ingin hendak melaksanakan hidup secara lslam, kemudian dia pun belajar mengenai agama serta syariat-syariatnya (tauhid, fikah dan tasawuf), maka dia dikatakan sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Dia sudah mendapat petunjuk dari Allah iaitu Allah sudah ketuk pintu hatinya supaya ingin beragama. Dia sudah ingin melaksanakan hidupnya secara Islam, cara makan minumnya, cara susunan rumahtangganya, cara kenduri kendaranya dan sebagainya. Dan ilmu pun sedikit sebanyak sudah dipelajari iaitu ilmu syariat. Tetapi dia belum tentu lagi mendapat taufik dari Allah s.w.t. Orang yang mendapat taufik ialah apabila dia melaksanakan ilmu yang dipelajarinya itu, pelaksanaannya tepat dan betul. Jadi bagi orangorang yang sudah mendapat hidayah kemudian melaksanakan apa yang dipelajarinya itu dengan betul, maka

Lelaki Yang Bakal Ke Neraka

Image
"Pertama:- Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. Kedua:- Suaminya Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya. Ketiga:- Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat. Keempat:- Anak Lelakinya

sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia

Image
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- 1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin. 2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. 3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid. 4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka. 5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah. 6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu

NASIHAT LUQMAN AL HAKIM

Image
TAZKIRAH khadija menulis "01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga. 03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada A

4 perkara sbelum tidooooooooooooooooo

ibnu rad Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkautidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :1.Sebelum khatam Al Qur'an.2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.3.Sebelum para muslim meredhai kamu.4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah..." Bertanya Aisyah :" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4perkara seketika.?"Rasul tersenyum dan bersabda :"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kaumengkhatamkan Al Qur'an.""Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kamisemua akan memberi syafaat dihari kiamat ""Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhaikamu.""Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

tanda hampir ajal

ibnu radzi: tanda hampir ajal Menurut ulama TANDA HAMPIR AJALni adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yangdikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tandaini cuma samada mereka sedaratau tidak sahaja. Tanda ini akanberlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambutsehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akanmengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimanajika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati dagingtersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi merekayang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tandamati maka getaran ini akanberhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaranatau mereka yang hanyutdengan kenikmatan tanpa memikirkan soalkematian, tanda ini akanlenyap begitu sahaja tanpa sebarangmunafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tandaini maka ini adalah pel

BUATMU SAHABAT

Message tazkirah - Sekuat mana pun godaan yg kita hadapi,sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani,sebesar mana pun kgagalan yang kita rasai,sejenuh mana pun hari2 yang kita lalui,jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi,jangan pernah berhenti berdoa kepada Rabb kerana harapan adalah ms hadapan,kerana harapan adalah sumber kekuatan,kerana doa adalah pintu kebaikan dan kerana doa adalah senjata orang beriman. - Manisnya persahabatan kerana manisnya iman,diikat kuat bukan kerana aliran darah,tetapi dipatri kerana Allah,bersabar dengan karenah insan dan menegur dengan kasih saying kerana enggan berpisah di hari pembalasan -Jangan ditanya apa yang islam berikan pada kamu,tapi tanyalah apa yang kamu berikan untuk islam,dan ingatlah islam tidak memerlukan kamu,sebaliknya kamu yang benar2 memerlukan islam.berjuanglah habis-habisan untuknya. -Perjalanan hidup makin singkat,ruang yang diisi makin padat dengan urusan dunia..kealpaan memenuhi pelbagai impian..belum terlewat menole

LUASNYA NERAKA

Image
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allahmenyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuany

CAHAYA MUKA NABI MUHAMMAD S.A.W

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." KIJANG DAN ANAKNYA Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 

hayatilah

1) Jangan sekkali-kali kita mremehkn ssuatu pbuatan baik walaupunhanya skadar senyuman. 2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini. 3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang. 5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa iaakan pecah