Posts

Showing posts from September 26, 2017

Kitab Fathul Muin

Image
Kitab Fathul Muin Ia merupakan kitab fiqh syafii yang muktabar. Kitab ini sering kali menjadi rujukan utama di nusantara dalam permasalahan² fiqh. Dalam perbahasan solat, kitab ini lebih terbaik untuk dijadikan rujukan. keistimewaan kitab Fathul Mu'in ini adalah menyebutkan beberapa perkhilafan di antara ulama' dan diambil dari kitab-kitab mereka yang muktabar, dengan mentarjih pendapat mereka baik secara sorih/jelas atau malah melatih kecerdasan pembaca dengan hanya memberikan isyarat atau ibarat yang samar. Dan kebanyakan, pendapat yang diikuti oleh pengarang adalah pendapat guru beliau iaitu Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami, dan guru inilah yang dikehendaki ketika pengarang menyebut Guruku (Syaikhuna). Menurut pengarang kitab Sheikh Zaynuddin al-Malibiri, dalam pemilihan pendapat ulama mazhab yang berbeza, beliau biasanya mendahulukan pendapat Imam al-Nawawi dan Imam al-Rafi'i, kemudian baru pendapat ulama-ulama tahqiq muta-akhkhirin yang lain. Kitab Fathul Mu'in ini