Posts

Showing posts with the label Taharah

PERKARA YANG DIHARAMKAN KETIKA DALAM HADAS KECIL

Perkara-perkara yang diharamkan ketika berhadas kecil ada empat perkara. Antara empat perkara yang diharamkan ketika berhadas kecil ada empat perkara seperti yang disebutkan di dialam kitab sullam sibyan Perkara yang diharamkan ketika dalam hadas kecil ialah melakukan solat dan perkara yang pada maknanya solat seperti sujud tilawah dan sujud syukur dan membaca khutbah bagi yang khatib pada hari jumaat Tawaf Menyentuh Al Quran walaupun dalam keadaan berlapik sekalipun.  Menanggung Al Quran atau membawany juga haram bagi orang sedang berhadas kecil. Menanggung Al Quran walupun satu huruf sekalipun melainkan sekiranya darurat dikhuatiri Al Quran terbakar 

Apakah erti Hadas Kecil dan hadas besar?

Image
Apakah itu hadas kecil dan hadas besar? Secara ringkasnya hadas kecil itu boleh diertikan sebagai sebab yang membatalkan bercuci (Toharah) yang mewajibkan seseorang itu berwuduk. Hadas Kecil seperti Buang Air Besar  Buang Air kecil  Kentut Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi tanpa berlapik Menyentuh Zakar atau faraj Kenapa ia dinamakan sebagai hadas kecil? Menurut ulamak ia disebutkan sebagai hadas kecil kerana tanggungjawab menghilangkannya lebih ringan berbanding hadas besar. Adapun hadas besar pula bermaksud sebab yang membatalkan bersuci (taharah) yang mewajibkan ia mandi wajib. Contoh hadas besar ialah Keluar Air Mani,Darah Haid, Darah Nifas dan Wiladah (beranak). Terima kasih atas bacaan semua berkenaan pengertian hadas besar dan hadas kecil secara ringkas. Semoga Allah mengurniakan kita dikalangan orang yang bersih dan sentiasa  dalam keadaan berwuduk apabila kita dalam hadas kecil dan mandi wajib apabila ia ditimpa hadas besar.