Posts

PERKARA YANG DIHARAMKAN KETIKA DALAM HADAS KECIL

Perkara-perkara yang diharamkan ketika berhadas kecil ada empat perkara. Antara empat perkara yang diharamkan ketika berhadas kecil ada empat perkara seperti yang disebutkan di dialam kitab sullam sibyan Perkara yang diharamkan ketika dalam hadas kecil ialah melakukan solat dan perkara yang pada maknanya solat seperti sujud tilawah dan sujud syukur dan membaca khutbah bagi yang khatib pada hari jumaat Tawaf Menyentuh Al Quran walaupun dalam keadaan berlapik sekalipun.  Menanggung Al Quran atau membawany juga haram bagi orang sedang berhadas kecil. Menanggung Al Quran walupun satu huruf sekalipun melainkan sekiranya darurat dikhuatiri Al Quran terbakar 

Apakah erti Hadas Kecil dan hadas besar?

Image
Apakah itu hadas kecil dan hadas besar? Secara ringkasnya hadas kecil itu boleh diertikan sebagai sebab yang membatalkan bercuci (Toharah) yang mewajibkan seseorang itu berwuduk. Hadas Kecil seperti Buang Air Besar  Buang Air kecil  Kentut Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi tanpa berlapik Menyentuh Zakar atau faraj Kenapa ia dinamakan sebagai hadas kecil? Menurut ulamak ia disebutkan sebagai hadas kecil kerana tanggungjawab menghilangkannya lebih ringan berbanding hadas besar. Adapun hadas besar pula bermaksud sebab yang membatalkan bersuci (taharah) yang mewajibkan ia mandi wajib. Contoh hadas besar ialah Keluar Air Mani,Darah Haid, Darah Nifas dan Wiladah (beranak). Terima kasih atas bacaan semua berkenaan pengertian hadas besar dan hadas kecil secara ringkas. Semoga Allah mengurniakan kita dikalangan orang yang bersih dan sentiasa  dalam keadaan berwuduk apabila kita dalam hadas kecil dan mandi wajib apabila ia ditimpa hadas besar.  

Apakah Hukum Main Kutu

Image
Apakah hukum main kutu? . Perkongsian pada kali kami akan memuatkan apakah hukum bermain kutu serta pandangan para ulamak berkenaan main kutu. Sebelum kita bicara berkaitan hukum main kutu, ada rasa eloknya kita tahu apakah itu main kutu? secara fahamnya menurut tradisi masyarakat kita di Malaysia, kutu boleh didefinasikan sebagai wang atau manfaat lain yang disumbangkan setiap bulan oleh setiap orang, mengikut giliran ,serta mereka yang menyertai permainan kutu ini akan mendapat bahagian masing-masing. Dalam erti kata lain, kutu ini adalah konsep "aku pinjamkan dulu, nanti huma (kamu) pulak bagi pinjam kat aku sebagai sayarat" walaupun ia tidak berlafaz. Apakah hukum bermain kutu? Pendapat muktamad di dalam mazhab kita syafie mengatakan haram kutu sekiranya tidak berlafaz. Malah disebutkan di dalam kitab muktabar di dalam mazhab syafie iaitu kitab Nihayatul Muhtaj mengatakan ;   Tujuan utama memberikan pinjaman ini ialah untuk berlaku ehsan, jadi apabila ada sy

Hukum Membaca Bismillah di awal Khutbah

Image
Dalam Islam dianjurkan untuk membaca bismillah ketika akan permulaan setiap amal yang baik. Namun yang sering kita dengar khatib memulakan khutbah dengan membaca alhamdulillah. Bukan membaca bismillah. Bagaimanakah hukum membaca  bismillah diawal khutbah? Jawapannya: Sah khutbahnya tetapi bidaah seperti mana yang disebutkan dalam kitab bughyah.

Siapakah Banu Qantura' ?

Image
Maksud hadis : Tidak akan berlaku kiamat  sehingga kalian memerangi kaum yang seliparnya diperbuat daripada bulu-bulu. Dan tidak akan terjadinya qiamat sehingga kamu kalian memerangi satu kaum seakan mukanya seperti perisai yang tebal (kulit wajah yang tebal), kecil matanya (sepet)  kepek hidungnya.  اخرجه الخمسة  Ertinya diriwayatkan oleh lima perawi hadis Abu Daud, Tirmizi, Imam Nasaei, Ibn Majah, Imam Ahmad ibn Hanbal. Keterangan dan Huraian Hadis pada gambar di atas menunjukkan berkenaan ciri-ciri Bani Qantura' iaitu wajah yang lebar mata yang sepet dan hidung yang besar. Ulamak mengatakan bahawa bani Qantura' ini ialah daripada bangsa  turk  seperi mana yang disebut dalam riwayat  al bukhari  iaitu : لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون الترك Tidak akan berlaku kiamat sehingga kaum muslimin bangkit memerangi bangsa turk. Dari hadis sahih ini, dapat disimpulkan bahawa ; 1. Yang dimaksudkan bani qantura' itu ialah bansa  turk.  Imam Bukhari sendiri meletakkan hadis sahih in

Cara Mengangkat Tangan Ketika Takbiratul Ihram

Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram seringkali kita melihat seseorang yang akan melakukannya mengangkat kedua tangannya dengan cara yang berbebeza. Kadang-kadang cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram  tidak menepati dengan hadis rasulullah dan pendapat dalam mazhab kita syafie. Sebenarnya bagaimanakah cara  mengangkat tangan ketika takbiratul ihram? Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram adalah sebagai berikut:   1. Mengangkat kedua telapak tangan dalam keadaan terbuka ke arah kiblat  2. Sejajarkan jari-jari tangan dengan menempatkan pada atas telinga  3. Sedangkan ibu jari dekatkan pada cuping (tempat anting-anting) telinga, dan telapak tanganya disejajarkan dengan bahu. 4.Jari-jari selain jari ibu hendaklah dibengkokkan sedikit  ke arah kiblat 5. Renggangkan sedikit antara jari dengan jari yang lain. Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram bagi orang yang tangannya terpotong   seperti disebutkan di dalam kitab Hasyiah Al-Jamal; 1. Sekiranya yang ter

ADAB DAN SUNNAH DI AIDIL FITRI

ADAB DAN SUNNAH DI AIDIL FITRI Ramadhan sudah melabuhkan tirai. Semoga amal ramadhan kita diterima oleh Allah SWT.  Mari kita sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT . Moga kita  dikurniakan darjat ketaqwaan seperti yang disebut di dalam Al Quran لعلكم تتقون . Bersempena hari raya yang makin tiba ini saya kemukakan beberapa adab-adab dan perkara sunnah ketika di aidilfitri. Moga ia dapat memandu kita semua menjadi umat islam yang sentiasa diberkati bersungguh untuk melakukan amalan-amalan sunat ketika dihari raya aidil fitri. 1.Menjadikan malam raya untuk melipat gandakan ibadah Hadis Nabi SAW: من أحيا ليلتي العيد، لم يمت قلبه. يوم تموت القلوب "Siapa yang menghidupkan malam dua hariraya, maka hatinya tidak mati seperti mana matinya semua hati" (Ad-Daruqutni) Maksud "mati hati "dalam hadis ialah keghairahan dan cinta pada dunia yang telah meresap di dalam hati. Beberapa pendapat lain dikalangan para ulamak ialah mati hati itu ialah mati dalam keadaan suu