Posts

Showing posts from March, 2018

Berserah pada Allah

قال العلماء اليقين بالله اذا انقطعت به الاسباب Yakin kepada Allah , apabila sudah habis kesemua ikhtiar.

Adakah azan boleh mengusir syaitan?

Ya, azan boleh juga digunakan untuk mengusir syaitan berdasarkan hadis rasulullullah SAW: اذا نودي للصلاة ادبر الشيطان له ضراط Apabila diseru untuk bersolat(azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil kentut, فإذا قضي التثويب اقبل حتى يحظر ببن المرء وقلبه حتى لا يدري كم صلى Apabila sudah selesai azan . dia datang semula sehingga seseorang itu terlintas dan tidak tahu berapa rakaat yang diolatnya (Riwayat Nasaei) Jadi benarlah apa yang telah dibuat oleh pengamal perubatan islam ketika mengubati pesakit ketika dalam kerasukan.

Makmum ada masa membaca fatihah, tetapi ia seorang pembaca yang lambat semasa sejak daripada kecil lagi.

Jika makmum ada masa yang luas untuk membaca fatihah, tetapi ia tergolong antara pembaca yang lambat dari semulajadi lagi, maka imam ruku' sebelum memghabiskan bacaan fatihahnya, mak makmum itu tidak tidak dikira sebagai مقصر (cuai) , dan masalah ini mengikut  pendapat  pertama dibolehkan memotong bacaan fatihahnya dan terus ruku' bersama imam seperti masalah makmum yang tak sempat baca al fatihah serta imamnya melainkan sebahagiannya. Adapun pendapat yang paling   اصح (paling sahih) iaitu disebut dalam kitab روضة الطالبين bahawa makmum itu hendaklah habiskan fatihah nya, dan boleh takhalluf (menyalahi imam) diberi keuzuran.

Hukum Makmum Masbuq Bangun Sebelum Imam Beri Salam

Apabila makmum yang masbuq bangun semula kerana hendak menyempurnakan perkara yang tertinggal dalam perbuatan solat sebelum imam memberi salam tanpa niat mufaraqah nescaya batallah solatnya. Rujukan 1. Qaul Tam Fi Ahkam Al Makmum Wal Imam

Imam tidak membetulkan kesalahanya selepas ditegur

Dalam kitab Majmu' menyebutkan perkara-perkara berkaitan permasalahan imam meninggalkan suatu perbuatan yang salah setelah di tegur oleh imam 1. Imam meninggalkan suatu perbuatan fardhu seperti duduk pada tempat yang sepatutnya dia berdiri atau sebaliknya serta tidak mengubah perlakuannya setelah ditegur. Maka pada ketika itu, makmum tidak boleh mengikuti imam sama ada imam tersebut dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Hal ini kerana: i. Sekiranya imam meninggalkan rukun dengan sengaja, maka solatnya batal. ii. Sekiranya imam meninggalkan kerana terlupa, maka perbuatanya tidak dikira. Sebab itu, makmum perlu mufaraqah dan menyempurnakan solat secara berjemaah 2. Jika imam meninggalkan perkara sunat, maka terbahagi kepada tiga masalah: i. Sekiranya makmum melakukan perkara sunat yang ditinggalkan oleh imam menyebabkan dia menyalahi perbuatan imam secara melampau seperti melakukan sujud tilawah atau tasyahud awal yang ditinggalkan oleh imam, maka perbuatanya itu tidak di