Posts

Showing posts from August, 2017

Pengetahuan

Pengetahuan adalah teman kita yang terbaik. dia sentiasa mengikut kita ke mana pun kita pergi. Tatkala semua orang menolak kita, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

Guruku

Image
Kenangan bersama Ustaz Fadil bin Ishak, Guru saya semasa belajar di SMK Gerik. Beliau antara guru yang  banyak membimbing saya sewaktu zaman persekolahan. Mudahan Allah mempermudahkan urusan ustaz dunia dan akhirat..

KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI

Image
*KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI* Pengarang : Tuan Guru Sheikh Baba Abu Qutaibah Rasyidi Abd Rahman Al Fathoni. *Intipati kitab* 📒 Muqaddimah Muhaqqiq 📕Sejarah Ringkas Al Allamah Al Alim Rabbani Sheikh Daud Al Fathoni 📘 Manuskrip tulisan tangan Sheikh Daud Al Fathoni 📘 Menerangkan permasalah khilafiah dalam solat menurut pendapat imam 4 mazhab 📓 mentakhrij hadis ,mesyarahkan ibarat kitab munyatul musolli 📒Memahamkan method pendalilan yang berlaku dalam kitab munyatul musolli . 📓Rujukan utama nusantara dalam bab solat. Kualiti kitab: 🏷Kulit kitab tebal dan amat berkualiti 🏷545 muka surat *Harga RM85 Sekali postage* Berminat boleh PM Imran Radzi Algerikii +60134872970

Belajar Ilmu Fiqh sebelum nikah

Imam Bukhari, di dalam Sahihnya meriwayatkan satu atsar dari Sayyidina Umar ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ beliau berkata: تفقهوﺍ قبل ان تسواود "Faqihlah (belajar & mendalami) kamu dalam ilmu agama terlebih dahulu, sebelum kamu menjadi pemimpin nanti" Syeikh Samir mengatakan bahawa maksud daripada hadis tersebut ialah: "Belajarlah kamu ilmu fiqh sebelum kamu BERNIKAH dan menjadi "tusawwad" iaitu pemimpin rumah tangga, sebelum nanti kamu disibukkan dengan urusan rumah tangga dan kamu sudah tidak sempat lagi belajar."

Soal Jawab agama

Dengan Izin daripada Allah, saya akan memuatkan pada  blog saya dengan artikel²  Q&A (Question and Answer) berkenaan permasalah fiqh dalam qaul muktamad sisi mazhab syafii terutama dalam perkara yang bersangkut paut tentang harian kita.

Hukum menyembelih korban pada waktu malam

Ibadah korban pada waktu malam dimakruhkan disisi ulamak, tetapi ia dibolehkan sekiranya 3 syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha mazhab syafii tidak berlaku. 3 perkara tersebut ialah 1. Daging akan menjadi lembik dan tidak segar pada waktu malam 2. Akan menjadi kesilapan pada haiwan yang dikorban tersebut dan kemungkinan boleh mencederakan penyembelih kerana malam yang gelap. 3. Selalunya orang miskin tidak akan hadir pada majlis korban oada waktu malam. Sekiranya dikalangan kalian berhajat untuk melakukan ibadah korban sebaiknya elakkan 3 perkara tersebut.

Tuan Direktur

Image
Tuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan. Iktibarnya lemak-lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa. Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat di ruang sanubari mengajak kita mensempadani atau menaledani. Ingatkan pesan panjang ini, yang menikam kelobaan kita untuk mencari dan terus mencari sampai tidak tahu berhenti. Sebuah mahakarya HAMKA tentang manusia kecil yang terdaya bangun, berdiri megah , mendongak langit... Tidak kekar sehinggakan lupa rumput di bumi.

Diariku (Ayahku Radzi)

Image
Hari ini ku gagahkan kaki  untuk ke masjid. Meskipun penat berharian dengan isteri keluar untuk persiapan kelahiran putra sulong kami. Tambahan pula, fikiranku celaru memikirkan pencarian pencarian rezeki yang hampir dua bulan tiada pekerjaan tetap selepas tamat bergraduasi di Jordan. Ahhhh. Pedulikan.. Aku terus bingkas bersiap  ke Masjid dengan harapan supaya ada perubahan dalam kehidupanku dan ada teguran Allah yang mengetuk sanubariku. Istimewanya kuliah di masjid pada hari ini, tajuk kuliah berkenaan " dajjal zaman akhir zaman". Aku menghayati sepenuhnya kalam serta pengisian dari pak ustaz tanpa lelapan mata kepenatan dek kepenatan fikir di tengah hari. Jemaah yang lain pun begitu, dongakan kepala tanpa tolehan, duduk sila yang tetap rapat tanpa ubah lipatan kaki. Pak ustaz membawa kami menjelajahi peristiwa hari besar tanda-tanda akhir zaman, membuatkan aku dan para jemaah tekun mendengar dan gerun dengan kekalutan pada akhir zaman. Nanti siri akan datang aku cuba kon

Pesan Guruku Maulana Husseyn.

Org agama tidak sepatutnya menyokong dan memasuki dunia politik membabi buta sebaliknya jadilah daie yg menyeru mana2 pihak dalam parti politik kearah kefahaman agama yg sbnr...

Diari

Image
Hari ini menemani isteri ke klinik kesihatan bakal ibu. Doktor bagi tahu tadi, kondisi bakal putra kami dalam keadaan baik. Kondisi isteri pula dalam keadaan baik, cuma HB masih kurang dan memerlukan pemakanan yang menyumbang kepada penambahan darah. Mohon doakan putra kami dan isteri dalam keadaan sihat sepenuhnya. رب هب لي من لدنك ذرية طيبة انك سميع الدعاء...

Ummah Rosak !

Agenda penjahanaman semula dan peruntuhan nilai-nilai Islam daripada yahudi kepada ummah jawi khususnya boleh kita saksikan di kaca mata kita sendiri. Apa yang kita rasa tidak tergambar pada fikiran kita sejak kecil ternyata berlaku di hadapan kita. Nilai-nilai murni pada ummah nusantara sekarang kian terhakis lagi robek. Silibus pendidikan yang saya rasa terbaik dalam mensistemkan pemuda-pemudi Islam supaya menjadi golongan yang benar-benar menepati generasi madani. Amat malang telahan saya dangkal sama sekali. Apatah lagi, gejala kerosakan akhlak ini galak disenikan dipentas maya. Agenda pembogelan dan pencarikan maruah kerap sekali dihidang buat muda mudi. Akhirnya wujudlah generasi yang tiada nilai ukhrawi. Politikus pula berlumba-berlumba meratah harta rakyat, menjual nama-nama dan kalam Allah untuk keuntungan dan kelesaan serta menambahkan keempukan kerusi. Agenda merakyatkan hanya menjadi pertaruhan dan omongan kosong belaka. Ingatkah kita bagaimana ummah jawi dahulu celik dal

Hatiku dicuit ~♥~

Image
Apa yang membangkitkan rasa rindu pada kampung dan keluarga bila mak selalu ceritakan kisah-kisah silam aku masa aku kecil. Kadang-kadang aku pun tak ingat memori-memori lama ni. Maklumlah sudah hampir dimamah usia. Mak dan ayah lah yang penglibur hikayat "algeriki". Terkadang mai rasa sebak ,mencuit hati, dan yang paling indah kisah-kisah lama yang mungkin aku rasa boleh jadi bekal  untuk anak cucuku kelak. Terima Kasih mak ayah kerana telah mencuit hati ini. Anak kampung. Anak Penoreh.