Cara Mengangkat Tangan Ketika Takbiratul Ihram

Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram seringkali kita melihat seseorang yang akan melakukannya mengangkat kedua tangannya dengan cara yang berbebeza. Kadang-kadang cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram  tidak menepati dengan hadis rasulullah dan pendapat dalam mazhab kita syafie.

Sebenarnya bagaimanakah cara  mengangkat tangan ketika takbiratul ihram?
Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram adalah sebagai berikut: 

1. Mengangkat kedua telapak tangan dalam keadaan terbuka ke arah kiblat 
2. Sejajarkan jari-jari tangan dengan menempatkan pada atas telinga 
3. Sedangkan ibu jari dekatkan pada cuping (tempat anting-anting) telinga, dan telapak tanganya disejajarkan dengan bahu.
4.Jari-jari selain jari ibu hendaklah dibengkokkan sedikit  ke arah kiblat
5. Renggangkan sedikit antara jari dengan jari yang lain.

Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram bagi orang yang tangannya terpotong  seperti disebutkan di dalam kitab Hasyiah Al-Jamal;

1. Sekiranya yang terpotong adalah pergelangan dari kedua tangan atau salah satunya maka yang diangkat adalah dikawasan pergelangan tangan
2. Sekiranya yang terpotong adalah siku dari kedua tangan atau salah satunya maka yang diangkat adalah dilawasan siku tersebut
3. Ketika tidak mampu untuk mengangkat  maka memadailah apa yang dia mampu. Kecuali sekiranya yang terpotong adalah  dari kedua tangan atau salah satu daripadanya maka yang diangkat itu adalah tangan yang sempurna atau lebih baik.

Rujukan
1. Fath al-Wahab
2. kitab Syarh al-Minhaj
3. kitab I’anah al-Thalibin
4. al-Raudhah
5. Kitab Iqna
6. Hasyiah Jamal

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Zahrah Al Murid Fi Bayan Kalimah At Tauhid