Siapakah Banu Qantura' ?


Maksud hadis :Tidak akan berlaku kiamat  sehingga kalian memerangi kaum yang seliparnya diperbuat daripada bulu-bulu. Dan tidak akan terjadinya qiamat sehingga kamu kalian memerangi satu kaum seakan mukanya seperti perisai yang tebal (kulit wajah yang tebal), kecil matanya (sepet)  kepek hidungnya. 

اخرجه الخمسة 
Ertinya diriwayatkan oleh lima perawi hadis Abu Daud, Tirmizi, Imam Nasaei, Ibn Majah, Imam Ahmad ibn Hanbal.

Keterangan dan Huraian

Hadis pada gambar di atas menunjukkan berkenaan ciri-ciri Bani Qantura' iaitu wajah yang lebar mata yang sepet dan hidung yang besar. Ulamak mengatakan bahawa bani Qantura' ini ialah daripada bangsa turk seperi mana yang disebut dalam riwayat al bukhari iaitu :
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون الترك
Tidak akan berlaku kiamat sehingga kaum muslimin bangkit memerangi bangsa turk.


Dari hadis sahih ini, dapat disimpulkan bahawa ;
1. Yang dimaksudkan bani qantura' itu ialah bansa turk. Imam Bukhari sendiri meletakkan hadis sahih ini dalam bab Qital At Turk. Salah seorang dikalangan perawi iaitu Al-Auwam bi Hausyab menyatakan;

بنو قنطوراء هم الترك 
Bermaksud Banu Qantura' adalah bangsa Turk.

2. Di dalam kitab عون المعبود disebutkan bahawa bahawa bangsa turk yang sebutkan dalam hadis di atas ialah bukanlah negara negara Turki. Sekiranya  ia negara turki bagaimana pula dengan hadis sahih  menyebutkan bahawa bangsa turk yang disebutkan ialah orang kafir. Sedangkan kita maklum bahawa negara turki kebanyakannya orang Islam.

3. Lain pula pendapat daripada Ibn Kathir  di dalam kitabnya  An Nihayah  Fi Al Fitan Wal Malahim ketika ia membahaskan berkenaan pasukan yang akan membantu tentera dajjal. Pendapatnya mengatakan secara zahirnya hanya Allah sahaja yang tahu, yang dimaksudkan turk itu ialah pembantu dajjal.

Kesimpulannya, jelas! bahawa bangsa turk atau Banu Qantura'  ialah bangsa yang akan bergabung dengan tentera dajjal di akhir zaman. Ini dikuatkan lagi bahawa bangsa turk atau Banu Qantura' bukanlah  penduduk turki pada hari ini yang majoritinya ialah muslim.


Kalaulah bukan penduduk negara turki sekarang ni, siapakan gerangannya bangsa turk yang disebutkan tu? Jeng². Pastilah penjelasan yang lebih harmoni dan logik ialah pendapat para ulamak yang menyatakan bahawa banu qantura' ialah adalah nama bagi bangsa yang memenuhi yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan dalam hadis. Ciri-ciri mereka seperti yang disebut di dalam hadis sahih ialah;
1.Wajah mereka yang lebar
2.Wajah yang merah dan berbentuk perisai 
3. Hidung pesek 
4. Mata sepet
5. Memakai pakaian yang dibuat daripada bulu. 
6. Memakai kasut yang dibuat daripada bulu.

Imam Al Qurtubi di dalam kitabnya At tazkirah menyatakan siapakan banu qantura atau bangsa turk. Jawapannya mereka ni banyak jenis. Mereka ada tinggal di kawasan bandar-bandar dan di kawasan kubu. Juga ada tinggal di puncak gunung, padang pasir , dan celah-celah bukit. Depa ni berkerja sebagai pemburu. Jika mereka dapat haiwan yang diburunya,nescaya mereka akan melukai binatang tunggangan mereka sendiri dan di ambi darahnya, diambil dagingnya lalu depa panggang dan dijadikan santapan mereka. Mereka ni ada yang tidak beragama, tetapi sebahagian daripada mereka ada yang beragama majusi. Mereka juga mempunyai tenaga yang sangat kuat dan mempunyai ilmu sihir yang agak kuat.

Asal Usul  Banu Qantura' atau Bangsa Turk
1. Sebahagian pakar sejarah mengatakan mereka ni adala anak keturunan Yafis Bin Nuh AS.
2. Imam Khattabi pula mengatakan ia daripada  anak hamba perempuan kepada Nabi Allah Ibrahim AS yang bernama Qantura'. Maka daripadanyalah lahirnya bangsa Turk dan China.
3. Imam Wahab bin Munabbih meyatakan bahawa bangsa Turk atau Banu Qantura ini daripada sebahagian daripada kelompok yakjuj dan makjuj. 

Secara jelasnya tiada dalil daripada nas Al Quran dan hadis yang boleh dijadikan dasar untuk menentukan pendapat mana yang lebih benar. Pendapat mereka ini ialah ijtihad dan kajian di kalangan mereka. Wallahu' alam.




Comments

Popular posts from this blog

Kitab Zahrah Al Murid Fi Bayan Kalimah At Tauhid