Apakah erti Hadas Kecil dan hadas besar?


Apakah itu hadas kecil dan hadas besar? Secara ringkasnya hadas kecil itu boleh diertikan sebagai sebab yang membatalkan bercuci (Toharah) yang mewajibkan seseorang itu berwuduk. Hadas Kecil seperti
  1. Buang Air Besar
  2.  Buang Air kecil
  3.  Kentut
  4. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi tanpa berlapik
  5. Menyentuh Zakar atau faraj
Kenapa ia dinamakan sebagai hadas kecil?
Menurut ulamak ia disebutkan sebagai hadas kecil kerana tanggungjawab menghilangkannya lebih ringan berbanding hadas besar.

Adapun hadas besar pula bermaksud sebab yang membatalkan bersuci (taharah) yang mewajibkan ia mandi wajib. Contoh hadas besar ialah
Keluar Air Mani,Darah Haid, Darah Nifas dan Wiladah (beranak).
Terima kasih atas bacaan semua berkenaan pengertian hadas besar dan hadas kecil secara ringkas. Semoga Allah mengurniakan kita dikalangan orang yang bersih dan sentiasa  dalam keadaan berwuduk apabila kita dalam hadas kecil dan mandi wajib apabila ia ditimpa hadas besar.
 




Comments

Popular posts from this blog

Kitab Zahrah Al Murid Fi Bayan Kalimah At Tauhid