Apakah Hukum Main Kutu

Apakah hukum main kutu? . Perkongsian pada kali kami akan memuatkan apakah hukum bermain kutu serta pandangan para ulamak berkenaan main kutu.

Sebelum kita bicara berkaitan hukum main kutu, ada rasa eloknya kita tahu apakah itu main kutu? secara fahamnya menurut tradisi masyarakat kita di Malaysia, kutu boleh didefinasikan sebagai wang atau manfaat lain yang disumbangkan setiap bulan oleh setiap orang, mengikut giliran ,serta mereka yang menyertai permainan kutu ini akan mendapat bahagian masing-masing.



Dalam erti kata lain, kutu ini adalah konsep "aku pinjamkan dulu, nanti huma (kamu) pulak bagi pinjam kat aku sebagai sayarat" walaupun ia tidak berlafaz.

Apakah hukum bermain kutu?
Pendapat muktamad di dalam mazhab kita syafie mengatakan haram kutu sekiranya tidak berlafaz. Malah disebutkan di dalam kitab muktabar di dalam mazhab syafie iaitu kitab Nihayatul Muhtaj mengatakan ;
 Tujuan utama memberikan pinjaman ini ialah untuk berlaku ehsan, jadi apabila ada syarat hak untuk orang yang beri pinjam tersebut untuk dirinya, maka ia keluar daripada konsep asal pinjaman, dengan sebab inilah ia dikatakan tidak sah
Kita tidak menafikan ada sebahagian ulamak mengharuskan antaranya seperti Sheikh Uthaimin bekas Mufti Arab Suudi yang mengatakan bahawa konsep main kutu ini termasuk di dalam  قرض جرا نافعا  iatu pinjaman yang membuahkan manfaat atau yang lebih bersifat taawun iatu tolong menolong dengan syarat yang telah ditentukan tanpa ada sebarang unsur penipuan . Juga didalam kitab hasyiah qalyubi wa umairah juga mengatakan hukum bermain kutu ialah harus. Pakar muamalat di Malaysia Dr Asmadi Naim pula mengatatakan tidaklah jatuh hukumnya jika tidak berlafaz ,cuma ia akan berubah menjadi sedekah kerana sedekah tidak memerlukan lafaz.

Kesimpulan dan Saranan
Memandangkan belum ada mana-mana negeri di Malaysia yang belum menggazetkan fatwa hukum bermain kutu (atas bacaan penulis) , maka saya sarankan kita ikutlah pendapat muktamad dalam mazhab kita syafie sebagai langkah mengambil jalan ihtiyat (hati-hati) dengan melafazkan akad tersebut. Samada dengan lafaz dengan kata-kata atau menulis. Menulis lafaz sudah memadai ia sebagai akad sekiranya tidak mampu dengan berkata-kata. Maka hukumnya ialah haram disisi pendapat muktamad dalam mazhab syafie sekiranya ia tidak berlafaz.





Comments

Popular posts from this blog

Kitab Zahrah Al Murid Fi Bayan Kalimah At Tauhid