Posts

BINGKISAN PERANTAU

Image
BINGKISAN PERANTAU TAQWA 1. Alhamdulillah. Ucapkan syukur kerna dimudahkan kita berada dalam madrasah ramadhan. Semoga dengan madrasah ini bisa mengeluarkan graduasi-graduasi yang hebat bila tamatnya ramadan.

NOTA PERANTAUAN

Image
NOTA PERANTAUAN Alhamdulillah syukur buat yang Rabbul Jalil kerna mempertemukan sekalian hambanya ini dengan Ramdhan. Pastinya Ramadan adalah dambaan serta rinduan buat orang-orang yang mengejar ketaqwaan. Ramadhan menjengah , bukan untuk kita menjadi hamba ramadan, namun ramadhan tiba untuk mengikat setiakan lagi antara hamba-hambaNya dengan Allah. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita sebagai hamba yang bersungguh-sungguh dengan Allah sejajar dengan firman Allah SWT dalam surah Al Ankabut ayat terakhir (وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ ل...

Nota kuliah Ustaz Hisyamudin

Image
Bismillah Nota Ringkas Kuliah Duha KoTaRaJa 8 februari 10.48 a.m Ust Hisyamudin Pengajian kitab Minhajul Abidin Makna perkataan Al Abidin iaitu yang mengibadahi Allah. Minhaj pula Jalan2 atau cara-cara. Minhajul Abidin- Jalan-jalan yang seharusnya ditempuh oleh hambanya kepada Allah SWT. Imam Al Ghazali mengariskan 7 minhaj. 1. ILMU (Makrifat) - mesti sampai memakrifatkan Allah. 2. TAUBAT 3. RINTANGAN - Bila sudah kenal Allah maka pasti ada rintangan yang perlu ditempuh 4. GODAAN 5. PENDORONG - Motivasi . 6. HINAAN 7. PUJI DAN SYUKUR ILMU - Ilmu dan amal(ibadat) saling berkait - kita diminta merenung langit dan bumi agar beroleh ilmu tentang keagungan Allah SWT. Rujuk Surah At Talak Ayat 12. - maka datanglah kewajiban mengibadahi Allah. Rujuk surah Az Zariyat ayat 56. konsep ibadah dan amal 1. Ibadah Khusus      - Wajib      - Sunat      ( ahli ibadah) 2. Ibadah Umum      - Menegak...

Nota Kuliah Tuan Guru Zulkurnaian Hasan

Image
Bismillah 06 feb 2014 pengajian kitb munyatul musolli oleh Tuan Guru Imam Zulkurnain Al Hafiz bertempat di KoTaRaJa Kesempatan pengajian dgn A.F ust beberapa pkara y penting y sempat sy bicarakan dlm helaian nota saya. Mudahan pkongsian y serba sdikit ini bmanfaat utk kita bsama. nota; Syarat Sah Takbiratul Ihram 1. Pyebutan y btul disudut makhraj , baris dan sabdunya 2. berdiri bg y mampu 3.penyebutn secara muwalah (berturutan) dan tertib mgikut susunan ayat 4. dimuqaranahkan (disertakan niat kedalamnya) 5. panjang huruf lam pada lafaz Allah di antara dua harkat hingga 14 harakat tetapi terbaiknya 2 harkat shj. 6. diperdengarkan ketelinga penyebutan lafaz takbir iaitu jika tidak ada sebarang halangan. antara halangannya bising atau kerosakan telinga 7.dalam waktu solat 8.diucapkan stelah slesai takbiratul ihram imam bg makmum.peringatan- pastikan imam habis sebut takbir bru makmum bleh truskn syarat sah berdiri tegak 1. bdiri dgn sengaja dgn khendak sndiri 2. mhadap k...

kawan

Ketika waktu senang, jangan lupa diri dan berkata sesuatu yang melukakan hati mereka yang bersama kita ketika waktu susah. Jangan kerana ingin mengejar kawan baru dan menyedapkan hati rakan baru ketika waktu senang sehingga terlupa dan menyisihkan perasaan kawan dan rakan seperjuangan yang bersama kita ketika waktu susah kerana percaya selama ini kita di landasan yang betul. Bagi mereka yang men gejar kawan dan rakan baharu sehingga terlajak menyinggung perasaan kawan dan rakan seperjuangan ketika waktu susah... usah salahkan mereka sekiranya mereka meninggalkan kita kerana terasa kita sudah terlupa mengapa mereka sanggup bersama kita ketika waktu susah. Akhirnya burung di semak tidak dapat, burung di dalam tangan keterbangan. Sesungguhnya hanya kawan dan rakan seperjuangan sebenar sahaja akan tinggal di sisi kita ketika waktu susah untuk mengharungi bersama, yang lain hanya datang ketika waktu kita senang. Sebagai peringatan untuk diri sendiri. Senyum. dPd: Tuan Guru Tuan Ib...

KONSEP TASAWUF MENURUT KACAMATA AHLI SUFI

Oleh: Dr. Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi** Universiti Darul Iman Malaysia Pendahuluan Tasawuf merupakan satu cabang ilmu keislaman yang sudah diakui kebenarannya. Dari segi penamaan, ia ternyata baru muncul dalam dunia Islam. Namun hakikatnya tasawuf itu sudahpun wujud di zaman Nabi s.a.w. dan lebih dikenali dengan nama ilmu ihsan, ilmu nafi`, ilmu batin atau ilmu di dalam hati (fi al-qalb). Nama tasawuf hanya mula muncul di zaman pengkelasan ilmu. Ilmu ini semakin hari semakin dipinggirkan, bahkan ia merupakan ilmu yang mula-mula akan pupus dari jiwa manusia. Mengenai ilmu ini `Ubadah bin Samit menjelaskan “sekiranya engkau ingin tahu, akan aku khabarkan kepadamu ilmu yang mula-mula diangkat dari manusia, iaitu al-khusyu`”. Tulisan ini akan menjelaskan mengenai ilmu tasawuf tersebut dengan memberikan tumpuan kepada konsep dan kedudukannya dalam Islam, cara mencapainya dan juga peranannya. Beberapa Tanggapan Yang Kurang Tepat Mengenai Tasawuf Tasawuf seringkali disalahfahami dan d...

IMAM SAYUTHI DAN ILMU HADIS.

Image
IMAM SAYUTHI DAN ILMU HADIS. Pada tahun 872 h . , sewaktu berusia 23 tahun, Imam Sayuthi mula mengajar Ilmu Hadis dengan kaedah Imlai, satu kaedah yang tertinggi , dengan cara guru membaca hadis dari hafalannya tanpa melihat kitab, dan murid mendengarnya kemudian mencatitkannya. Dikatakan kaedah ini telah berhenti, tiada ulamak yang mempraktikkanya lagi semenjak wafat Imam Ibnu Hajar al Asqolani. Sayuthi menghidupkannya kembali di masjid Jami' Ahmad bin Thulun. Ketika berusia 37 tahun iaitu pada tahun 886 Hijrah beliau mula secara serius mengarang. Imam Suyuti merupakan ulama' hadith yang paling alim pada zamannya, seorang Al-Hafiz yang amat diyakini, mengetahui lafaz-lafaz hadis yang gharib (ganjil) dan mampu mengistinbathkan (mengeluarkan) hukum-hukum darinya. Pada zaman Ibnu Hajar, terdapat beberapa hadith yang tertangguh kerana tidak diketahui siapa perawi dan kedudukan hadith tersebut. Lalu hadith tersebut diajukan kepada Imam Suyuti. Dengan kemahirannya, belia...