Diariku (Ayahku Radzi)
Hari ini ku gagahkan kaki untuk ke masjid. Meskipun penat berharian dengan isteri keluar untuk persiapan kelahiran putra sulong kami. Tambahan pula, fikiranku celaru memikirkan pencarian pencarian rezeki yang hampir dua bulan tiada pekerjaan tetap selepas tamat bergraduasi di Jordan. Ahhhh. Pedulikan.. Aku terus bingkas bersiap ke Masjid dengan harapan supaya ada perubahan dalam kehidupanku dan ada teguran Allah yang mengetuk sanubariku. Istimewanya kuliah di masjid pada hari ini, tajuk kuliah berkenaan " dajjal zaman akhir zaman". Aku menghayati sepenuhnya kalam serta pengisian dari pak ustaz tanpa lelapan mata kepenatan dek kepenatan fikir di tengah hari. Jemaah yang lain pun begitu, dongakan kepala tanpa tolehan, duduk sila yang tetap rapat tanpa ubah lipatan kaki. Pak ustaz membawa kami menjelajahi peristiwa hari besar tanda-tanda akhir zaman, membuatkan aku dan para jemaah tekun mendengar dan gerun dengan kekalutan pada akhir zaman. Nanti siri akan datang aku cuba kon...