Posts

Soal Jawab agama

Dengan Izin daripada Allah, saya akan memuatkan pada  blog saya dengan artikel²  Q&A (Question and Answer) berkenaan permasalah fiqh dalam qaul muktamad sisi mazhab syafii terutama dalam perkara yang bersangkut paut tentang harian kita.

Hukum menyembelih korban pada waktu malam

Ibadah korban pada waktu malam dimakruhkan disisi ulamak, tetapi ia dibolehkan sekiranya 3 syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha mazhab syafii tidak berlaku. 3 perkara tersebut ialah 1. Daging akan menjadi lembik dan tidak segar pada waktu malam 2. Akan menjadi kesilapan pada haiwan yang dikorban tersebut dan kemungkinan boleh mencederakan penyembelih kerana malam yang gelap. 3. Selalunya orang miskin tidak akan hadir pada majlis korban oada waktu malam. Sekiranya dikalangan kalian berhajat untuk melakukan ibadah korban sebaiknya elakkan 3 perkara tersebut.

Tuan Direktur

Image
Tuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan. Iktibarnya lemak-lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa. Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat di ruang sanubari mengajak kita mensempadani atau menaledani. Ingatkan pesan panjang ini, yang menikam kelobaan kita untuk mencari dan terus mencari sampai tidak tahu berhenti. Sebuah mahakarya HAMKA tentang manusia kecil yang terdaya bangun, berdiri megah , mendongak langit... Tidak kekar sehinggakan lupa rumput di bumi.

Diariku (Ayahku Radzi)

Image
Hari ini ku gagahkan kaki  untuk ke masjid. Meskipun penat berharian dengan isteri keluar untuk persiapan kelahiran putra sulong kami. Tambahan pula, fikiranku celaru memikirkan pencarian pencarian rezeki yang hampir dua bulan tiada pekerjaan tetap selepas tamat bergraduasi di Jordan. Ahhhh. Pedulikan.. Aku terus bingkas bersiap  ke Masjid dengan harapan supaya ada perubahan dalam kehidupanku dan ada teguran Allah yang mengetuk sanubariku. Istimewanya kuliah di masjid pada hari ini, tajuk kuliah berkenaan " dajjal zaman akhir zaman". Aku menghayati sepenuhnya kalam serta pengisian dari pak ustaz tanpa lelapan mata kepenatan dek kepenatan fikir di tengah hari. Jemaah yang lain pun begitu, dongakan kepala tanpa tolehan, duduk sila yang tetap rapat tanpa ubah lipatan kaki. Pak ustaz membawa kami menjelajahi peristiwa hari besar tanda-tanda akhir zaman, membuatkan aku dan para jemaah tekun mendengar dan gerun dengan kekalutan pada akhir zaman. Nanti siri akan datang aku cuba kon...

Pesan Guruku Maulana Husseyn.

Org agama tidak sepatutnya menyokong dan memasuki dunia politik membabi buta sebaliknya jadilah daie yg menyeru mana2 pihak dalam parti politik kearah kefahaman agama yg sbnr...

Diari

Image
Hari ini menemani isteri ke klinik kesihatan bakal ibu. Doktor bagi tahu tadi, kondisi bakal putra kami dalam keadaan baik. Kondisi isteri pula dalam keadaan baik, cuma HB masih kurang dan memerlukan pemakanan yang menyumbang kepada penambahan darah. Mohon doakan putra kami dan isteri dalam keadaan sihat sepenuhnya. رب هب لي من لدنك ذرية طيبة انك سميع الدعاء...

Ummah Rosak !

Agenda penjahanaman semula dan peruntuhan nilai-nilai Islam daripada yahudi kepada ummah jawi khususnya boleh kita saksikan di kaca mata kita sendiri. Apa yang kita rasa tidak tergambar pada fikiran kita sejak kecil ternyata berlaku di hadapan kita. Nilai-nilai murni pada ummah nusantara sekarang kian terhakis lagi robek. Silibus pendidikan yang saya rasa terbaik dalam mensistemkan pemuda-pemudi Islam supaya menjadi golongan yang benar-benar menepati generasi madani. Amat malang telahan saya dangkal sama sekali. Apatah lagi, gejala kerosakan akhlak ini galak disenikan dipentas maya. Agenda pembogelan dan pencarikan maruah kerap sekali dihidang buat muda mudi. Akhirnya wujudlah generasi yang tiada nilai ukhrawi. Politikus pula berlumba-berlumba meratah harta rakyat, menjual nama-nama dan kalam Allah untuk keuntungan dan kelesaan serta menambahkan keempukan kerusi. Agenda merakyatkan hanya menjadi pertaruhan dan omongan kosong belaka. Ingatkah kita bagaimana ummah jawi dahulu celik dal...