Posts

صديقي

Image
احب صوتك، الذي يأتيني بعد صمت طويل، ليذكرني ان في الحياة شيء جميل، يسمى  صديق..

Hidup Berbakti

Image
Susah bila hidup tak pernah berbakti, Sekurang-kurangpun berbaktilah kepada diri sendiri dan yang penting buat kedua dua ibu dan ayah kita. Ingat lagi pesanan guruku sebelum aku ke Jordan "Imran, nanti nak pi mana-mana ka , enta kena ada kebaktian kepada agama, kalau cam enta dok negeri arab, baktilah kepada orang arab, balas balik jasa dan bakti rasulullah kepada kita, dengan berkat usaha baginda Islam datang tanah ke tanah air kita, jadi lani kita kena balas balik jasa rasulullah, tunjukkan akhlak yang baik, tu pun dah memadai"

Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah, Mufti Perak

Image
Guru saya Almarhum Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah, Mufti Perak . Saya mendalami bab solat dengan beliau dahulu sekitar tahun 70-80-an. ڬورو ساي المرحوم داتوء حاج محمد غزالي عبدالله، مفتي ڤراق. ساي مندالمي باب صلاة دڠن بلياو دهولو سكيتر تاهون توجوه فولوهن-لافن فولوهن. Beliau belajar di pondok di Malaysia kemudian belajar di Masjidil Haram dan Madrasah as-Saulatiyah al-Hindiyah di Mekah. Ini pengajian peringkat tinggi menggunakan kitab-kitab turath. بلياو بلاجر دڤوندوق دمليسيا كمودين بلاجر دالمسجد الحرام دان مدرسه الصولتية الهندية د مكه. اين ڤڠاجين ڤريڠكت تيڠڬي مڠڬوناكن كتاب-كتاب تراث. Beliau pernah menjadi Imam Besar Masjid Negara yang pertama. Suara beliau sedap. بلياو ڤرنه منجادي امام بسر مسجد نڬارا يڠ ڤرتام. سوارا بلياو سدڤ. Beliau seorang guru yang alim, tegas dan garang. Alhamdulillah ilmu yang dicurahkannya amat berharga kepada saya. بلياو سأورڠ ڬورو يڠ عاليم، تڬس دان ڬارڠ. الحمدلله علمو يڠ دچورهكنڽ امت برهرگا كڤد ساي. Penulis: Tuan Guru Ust Azmi bin Ahmad

Anak Soleh

Image
Anak soleh, Rezeki Ummi dan Walid, Permata keluarga kami, Harta dan rezeki yang paling bernilai, Moga Ahmad Anas Fairuz menjadi saham akhirat buat ummi dan walid. Ya Allah, Permudahkanlah urusan kami dan murahkan rezki ke atas keluarga kami. اللهم صلى على سيدنا محمد.

Kitab Fathul Muin

Image
Kitab Fathul Muin Ia merupakan kitab fiqh syafii yang muktabar. Kitab ini sering kali menjadi rujukan utama di nusantara dalam permasalahan² fiqh. Dalam perbahasan solat, kitab ini lebih terbaik untuk dijadikan rujukan. keistimewaan kitab Fathul Mu'in ini adalah menyebutkan beberapa perkhilafan di antara ulama' dan diambil dari kitab-kitab mereka yang muktabar, dengan mentarjih pendapat mereka baik secara sorih/jelas atau malah melatih kecerdasan pembaca dengan hanya memberikan isyarat atau ibarat yang samar. Dan kebanyakan, pendapat yang diikuti oleh pengarang adalah pendapat guru beliau iaitu Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami, dan guru inilah yang dikehendaki ketika pengarang menyebut Guruku (Syaikhuna). Menurut pengarang kitab Sheikh Zaynuddin al-Malibiri, dalam pemilihan pendapat ulama mazhab yang berbeza, beliau biasanya mendahulukan pendapat Imam al-Nawawi dan Imam al-Rafi'i, kemudian baru pendapat ulama-ulama tahqiq muta-akhkhirin yang lain. Kitab Fathul Mu'in ini ...

Sekiranya seorang daripada pasangan kafir masuk Islam, apakah hukumnya?

لو أسلم أحد الزوجين المجوسيين أو الوثنين ، أو أسلمت الكتابية تحت كافر تنجزت الفرقة قبل المسيس، وتوقف على العِدة بعد المسيس، ولو أسلما معا استمرا النكاح

Nama Rasmi Putra Sulong Kami.

Image
Alhamdulillah, nama putra sulong kami Ahmad Anas Fairuz bin Muhammad Imran. Ahmad: Antara nama² nabi Muhammad saw, nama manusia yang paling agong. Bersempena juga dengan nama arwah nendaku ahmad bin tahir. Moga beliau senantiasa mencontohi kewarakan, kemesraan  moyangnya. Anas: Di ambil sempena nama periwayat hadis dan sahabat nabi yang mulia Anas bin Malik An Nadhir. Sungguh besar jasa anas terhadap Islam. Antara insan yang pernah didoakan oleh nabi saw. Moga anakku  juga menjadi seperti anas malik yang cerdik, zuhud dan soleh. Fairuz: Fairuz Ad Dailami, juga sahabat nabi, berketurunan arab-parsi. Antara jasanya pada Islam pernah menumpaskan golongan nabi palsu. Juga merupakan utusan rasulullullah saw. Antara pengiktirafan yang diberikan oleh rasulullah pada fairuz: قتله الرجل الصالح فيروز ابن الديل...