Posts

Imam tidak membetulkan kesalahanya selepas ditegur

Dalam kitab Majmu' menyebutkan perkara-perkara berkaitan permasalahan imam meninggalkan suatu perbuatan yang salah setelah di tegur oleh imam 1. Imam meninggalkan suatu perbuatan fardhu seperti duduk pada tempat yang sepatutnya dia berdiri atau sebaliknya serta tidak mengubah perlakuannya setelah ditegur. Maka pada ketika itu, makmum tidak boleh mengikuti imam sama ada imam tersebut dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Hal ini kerana: i. Sekiranya imam meninggalkan rukun dengan sengaja, maka solatnya batal. ii. Sekiranya imam meninggalkan kerana terlupa, maka perbuatanya tidak dikira. Sebab itu, makmum perlu mufaraqah dan menyempurnakan solat secara berjemaah 2. Jika imam meninggalkan perkara sunat, maka terbahagi kepada tiga masalah: i. Sekiranya makmum melakukan perkara sunat yang ditinggalkan oleh imam menyebabkan dia menyalahi perbuatan imam secara melampau seperti melakukan sujud tilawah atau tasyahud awal yang ditinggalkan oleh imam, maka perbuatanya itu tidak di...

Kitab Zahrah Al Murid Fi Bayan Kalimah At Tauhid

Image
Ditulis di Makkah pada tahun 1178 hijrah, dalam bahasa melayu. Ia merupakan karya pertama Sheikh Abdus Somad Al Falembani yang memuatkan permasalahan tauhid ditulis atas permintaan pelajar indonesia yang belum menguasai bahasa arab. Kitab ini ditulis di Mekah Al Mukarramah atas permintaan serta galakan seorang sahabat sheikh yang bersama mengikuti syarahan Ahmad Abdul Mun'im Al Damanhuri yakni seorang ulamak mesir yang telah mengunjungi Makkah pada waktu tersebut. Berminat boleh inbox. Terima Kasih.

Kitab Fathul Mutafakkirin

Image
" Kitab Fathul Mutafakkirin sampai bertempat Iman dan Yakin" Ia merupakan karya seorang ulamak besar nusantara kelahiran pontianak Indonesia Sheikh Uthman Syihabuddin Funtianaq Al Jawi. Kitab ini merupakan terjemahan kepada karya Sheikh Ahmad Zaini Dahlan Mufti Besar Mazhab Syafii di Mekah pada 1886 masihi. Kitab ini merangkumi perbahasan terhadap beberapa ayat Al Quran dan Hadith Nabu SAW yang berkaitan dengan alam semesta.  Merupakan kitab tasawuf yang menuntun sang salik menuju kehidupan yang benar hakiki. Pembawaan konsep tazkiyatun Nafs serta mengaitkan manusia dengan penyucian jiwa yang dikaitkan dengan alam semesta merupakan keistimewaan yang terdapat dalam risalah ini. Berminat boleh whats app  www.wasap.my/60196265135 Kitab Terhad Harga RM 12 Postage RM 7 Terima Kasih.

Masa yang pergi

سل نفسك كم اعطيت ربك من وقتك ؟ لأن اهل الغفلة اعطو كل اوقاتهم لشهوتهم نسوا الله فنسيهم Tanya dirimu, berapakah waktu yang kamu peruntukkan untuk tuhanmu? kerana orang yang lalai memberikan seluruh waktu dengan syahwatnya.  Mereka lupakan Allah, maka Allah lupakan mereka.

Ilmu, adab dan Guru

Orang yang belajar atau murid itu hendaklah merendah diri meletakkan diri di darjat paling bawah dan tidak menganggapkan dirinya lebih besar daripada ilmu yang diajarkan kepadanya oleh guru. Umpamanya ia berkata di dalam hati : Ilmu ini remeh atau kitab ini kecil sedangkan aku telah banyak belajar, mengapakah guruku menyuruhku belajar menggunakan kitab sekecil ini? Sebaliknya murid hendaklah menerima apa yang di ajarkan oleh guru dan apa yang disuruhnya, tidak menyangkal gurunya dan tidak mengarahkan guru mengajarkannya sesuatu ilmu yang ia mahukan atau mengarahkannya menggunakan sebuah kitab tertentu, tetapi hendaklah menyerahkan kehendaknya itu bulat-bulat kepada gurunya dan menerima sahaja apa yang disuruh oleh guru supaya dipelajari.

صديقي

Image
احب صوتك، الذي يأتيني بعد صمت طويل، ليذكرني ان في الحياة شيء جميل، يسمى  صديق..

Hidup Berbakti

Image
Susah bila hidup tak pernah berbakti, Sekurang-kurangpun berbaktilah kepada diri sendiri dan yang penting buat kedua dua ibu dan ayah kita. Ingat lagi pesanan guruku sebelum aku ke Jordan "Imran, nanti nak pi mana-mana ka , enta kena ada kebaktian kepada agama, kalau cam enta dok negeri arab, baktilah kepada orang arab, balas balik jasa dan bakti rasulullah kepada kita, dengan berkat usaha baginda Islam datang tanah ke tanah air kita, jadi lani kita kena balas balik jasa rasulullah, tunjukkan akhlak yang baik, tu pun dah memadai"