Posts

Tempat dan waktu mustajab berdoa di Masjidil Haram

Image
Tempat dan waktu mustajab berdoa di Masjidil Haram Catatan ringkas utk para jemaah di masjidil haram 1. Multazamالملتزم Terletak di antara hajarul aswad dan pintu kaabah. Kadarnya sepanjang 2 meter daripada hajarul aswad. Dinamakan juga tempat ini sebagai tempat mustajab akan segala permintaan dan hajat. Ia adalah tempat khusus khusus berdoa.Multazam adalah tempat diperkenankan doa, disunatkan ke atas kita supaya menempelkan dada, pipi dan lengan serta tapak tangan kita di bahagian multazam.Begitulah perbuatan rasulullah terhadap seperti di riwayatkan oleh Abdullah bin Amr.  Disebutkan juga dalam hadis riwayat Ad Dailami "setiap  doa yang dipinta  di Multazam,pasti akan dierkenankan" Imam syafie sendiri apabila hendak meninggalkan kaabah, beliau suka akan berhenti di Multazam kemudiaan beliau berkata اللھم ان البيت بيتك والعبد عبدك 2. Hajarul Aswad Sudah pastinya ia adalah tempat mustajab doa. di sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al qadhi fudhail iyad dalam k...

Kahak hingus batal puasa ?

Soalan: Slam Ust..nk tnye kalu kita telan kohok batal tak?Boleh ke kte brpegang dok batal kalau kohor dok tubek agi kte telan..lg2 tgh selsema.. Jawapan: Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: النخامة ان لم تحصل في حد الظاهر من الفم لم تضر بالاتفاق Maksudnya: Hingus/kahak sekiranya tidak sampai kepada bahagian yang zahir daripada mulut(awal lidah) maka ianya tidak memberi mudharat (membatalkan puasa) secara sepakat. Kitab syarah muhazzabb Akan tetapi sekiranya sudah keluar masuk pada bahagian mulut, kemudian ia menelan semula secara sengaja. Maka batal puasanya.

Syak dalam solat

فليطرح الشك واليبن على مااستيقن. Maka hendaklah menghilangkan segala syak/keraguan itu dengan membuatkan keputusan berdasarkan keyakinan. Lafaz  فليطرح dan وليبن dalam hadis ini adalah fi'il mudhari' yang di serta kan lam Al-Amr yang menunjukkan perintah wajib bagi setiap orang yang syak dalam solat dengan menghilangkan syak tersebut dengan membuatkan keputusan berdasarkan apa yang diyakinkan .

Beliau puasa kaffarah, kemudian beliau tak mampu pada pertengahan puasa. Apakah solusinya?

Tadi anak murid saya bertanya berkenaan puasa kaffarah. Sekiranya seorang itu dia berpuasa dua bulan berturut-turut kerana melakukan persetubuhan dalam bulan ramadhan. Kemudian dalam tempoh puasanya tersebut dia tidak mampu untuk laksanakan. Jadi, adakah perlu dia(suami) perlu utk ulang semula puasa tersebut kerana puasa itu perlu berturut-turut? Jawapan saya: selagi mampu berpuasa tidak terus harus pergi kepada memberi makan fakir miskin. Hanya apabila tidak mampu berpuasa barulah boleh berpindah kepada memberi makan. Maksud tidak mampu ialah; dengan berpuasa menyebabkan kepayahan pada diri yang tidak terpikul pada kebiasaannya. Jika dalam tempoh dua bulan seseorang itu mendapati ia hanya mampu untuk berpuasa pada sebahagian harinya sahaja (yakni tidak mampu mencukupkan dua bulan), ia dikira tidak mampu secara keseluruhannya dan boleh terus berpindah kepada memberi makan fakir/miskin.

Apakah hukum membaca yasin malam jumaat?

Tidak ada larangan untuk membacanya, malah akan dapat pahala. Imam As Suyuti menyebutkan dalam kitab خصوصيات يوم الجمعة , belia menukilkan hadis yang telah di bawa oleh al imam al baihaqi iaitu: من قراء ليلة الجمعة حم الدخان ويس اصبح مغفورا له Maksudnya ialah barang siapa yang membaca pada malam jumaat surah ad dukhan dan yasin, maka akan terampun dosanya. Jadi, malam jumaat dipilih kerna ia adalah penghulu kepada semua hari dan penuh keberkatan.

Adakah boleh berzikir secara jemaah selepas solat fardhu?

Sunat dan sabit dengan dalil: "بسبحونك ويكبرونك ويحمدونك ويمجدونك" Mereka bertasbih, bertakbir, bertahmid serta mengagungkanMu (Riwayat Bukhari) 1. Perkataan yang disebut dalam hadis di atas adalah dalam bentuk jamak (ramai/banyak) 2. Jadi, hadis ni nak menunjukkan kepada kita bahawa keutamaan majlis zikir, kelebihan zikir 3. Imam Nawawi membuat satu bab khusus bertajuk keutamaan halaqah zikir di dalam kitabnnya Riyadus Solihin dan meletakkan hadis di atas sbg hadis yang pertama. Adapun zikr secara nyaring @ jahar sabit dalam hadis bukhari muslim yang berbunyi  daripada Ibn Abbas: رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من ...

Apakah hukum solat jamak jumaat dengan solat asar?

Di dalam mazhab syafie  kitab  Mughni Al Muhtaj menyebutkan ﻭ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺠ‍‍ﻤ‍‍ﻌ‍‍ﺔ ‍ﻛ‍‍ﺎ‍ﻟ‍‍ﻈ‍‍ﻬ‍‍ﺮ ‍ﻓ‍‍ﻲ‍ ‍ﺟ‍‍ﻤ‍‍ﻊ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺘ‍‍ﻘ‍‍ﺪ‍ﻳ‍‍ﻢ‍ ‍ﻛ‍‍ﻤ‍‍ﺎ ‍ﻧ‍‍ﻘ‍‍ﻠ‍‍ﻪ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺰ‍ﺭ‍ﻛ‍‍ﺸ‍‍ﻲ‍ ‍ﻭ‍ﺍ‍ﻋ‍‍ﺘ‍‍ﻤ‍‍ﺪ‍ﻩ‍ ‍...