Posts

KISAH YAHUDI MEMELUK ISLAM KERANA AL QURAN

Imam Baihaqi menceritakan dalam kitab dalailul nubuwwah yang diceritakan oleh Yahya bin Aksam : satu hari khalifah Ma'mun Ibn Rasyid menjemput para ilmuwan yang berlainan bidang untuk di adakn satu diskusi serta perbincangan ilmiah . Antara yang hadir ketika itu seorang lelaki yang berpenampilan kemas, segak dan wangian yang harum . Ketika majlis itu lelaki tersebut banyak menyuarakan sesuatu pandangan, idea , saranan dan berwawasan dalam menyatakan sesuatu. Hal ini menyebabkan khalifah Ma'mun tertarik sangat pada lelaki tersebut. Selepas sahaja selesai diskusi tersebut, khalifah memanggil lelaki tersabut lalu bertanya , "adakah kamu orang yahudi" maka di jawab lelaki tersebut "ya, aku orang yahudi" , lalu khlifah mempelawa lelaki tersebut untuk memeluk agama islam serta lelaki tersebut di tawarkan kedudukan yang terhormat disisi orang islam, lalu lelaki tersebut berkata "itukan agama datok nenek moyangku, mustahil untuk aku tinggalkannya" . Kemud

Tapak rumah Saidina Ayub Al Ansari

Image
Kotak berwarna hijau itu menunjukkan tapak rumah Saidina Ayub Al Ansari. Nabi SAW pernah tinggal di rumah tersebut selama 6 bulan sebelum pembinaan Masjid Nabawi. Gambar: معالم المدينة النبوية

Keistimewaan Masjid Quba

Image
Ia adalah masjid pertama yang dibina oleh rasulullah SAW dan Para Sahabat. Firman Alla SWT berkenaan Masjid Quba' dan Para Penduduk Quba ۚ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). -Surah At-Taubah, Ayat 108 Adalah *sunat muakkad* untuk datang ke Masjid Quba' pada hari sabtu sekiranya tidak ada halangan dan keuzuran ke atas kita, maka hari lain juga sudah memadai. Disebut dalam hadis riwayat bukhari dan muslim yang mafhumnya ; " sesungguhnya rasulullah saw selalu datang ke masjid quba

Tempat dan waktu mustajab berdoa di Masjidil Haram

Image
Tempat dan waktu mustajab berdoa di Masjidil Haram Catatan ringkas utk para jemaah di masjidil haram 1. Multazamالملتزم Terletak di antara hajarul aswad dan pintu kaabah. Kadarnya sepanjang 2 meter daripada hajarul aswad. Dinamakan juga tempat ini sebagai tempat mustajab akan segala permintaan dan hajat. Ia adalah tempat khusus khusus berdoa.Multazam adalah tempat diperkenankan doa, disunatkan ke atas kita supaya menempelkan dada, pipi dan lengan serta tapak tangan kita di bahagian multazam.Begitulah perbuatan rasulullah terhadap seperti di riwayatkan oleh Abdullah bin Amr.  Disebutkan juga dalam hadis riwayat Ad Dailami "setiap  doa yang dipinta  di Multazam,pasti akan dierkenankan" Imam syafie sendiri apabila hendak meninggalkan kaabah, beliau suka akan berhenti di Multazam kemudiaan beliau berkata اللھم ان البيت بيتك والعبد عبدك 2. Hajarul Aswad Sudah pastinya ia adalah tempat mustajab doa. di sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al qadhi fudhail iyad dalam kitab

Kahak hingus batal puasa ?

Soalan: Slam Ust..nk tnye kalu kita telan kohok batal tak?Boleh ke kte brpegang dok batal kalau kohor dok tubek agi kte telan..lg2 tgh selsema.. Jawapan: Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: النخامة ان لم تحصل في حد الظاهر من الفم لم تضر بالاتفاق Maksudnya: Hingus/kahak sekiranya tidak sampai kepada bahagian yang zahir daripada mulut(awal lidah) maka ianya tidak memberi mudharat (membatalkan puasa) secara sepakat. Kitab syarah muhazzabb Akan tetapi sekiranya sudah keluar masuk pada bahagian mulut, kemudian ia menelan semula secara sengaja. Maka batal puasanya.

Syak dalam solat

فليطرح الشك واليبن على مااستيقن. Maka hendaklah menghilangkan segala syak/keraguan itu dengan membuatkan keputusan berdasarkan keyakinan. Lafaz  فليطرح dan وليبن dalam hadis ini adalah fi'il mudhari' yang di serta kan lam Al-Amr yang menunjukkan perintah wajib bagi setiap orang yang syak dalam solat dengan menghilangkan syak tersebut dengan membuatkan keputusan berdasarkan apa yang diyakinkan .

Beliau puasa kaffarah, kemudian beliau tak mampu pada pertengahan puasa. Apakah solusinya?

Tadi anak murid saya bertanya berkenaan puasa kaffarah. Sekiranya seorang itu dia berpuasa dua bulan berturut-turut kerana melakukan persetubuhan dalam bulan ramadhan. Kemudian dalam tempoh puasanya tersebut dia tidak mampu untuk laksanakan. Jadi, adakah perlu dia(suami) perlu utk ulang semula puasa tersebut kerana puasa itu perlu berturut-turut? Jawapan saya: selagi mampu berpuasa tidak terus harus pergi kepada memberi makan fakir miskin. Hanya apabila tidak mampu berpuasa barulah boleh berpindah kepada memberi makan. Maksud tidak mampu ialah; dengan berpuasa menyebabkan kepayahan pada diri yang tidak terpikul pada kebiasaannya. Jika dalam tempoh dua bulan seseorang itu mendapati ia hanya mampu untuk berpuasa pada sebahagian harinya sahaja (yakni tidak mampu mencukupkan dua bulan), ia dikira tidak mampu secara keseluruhannya dan boleh terus berpindah kepada memberi makan fakir/miskin.