Posts

PERKARA YANG DIHARAMKAN KETIKA DALAM HADAS KECIL

Perkara-perkara yang diharamkan ketika berhadas kecil ada empat perkara. Antara empat perkara yang diharamkan ketika berhadas kecil ada empat perkara seperti yang disebutkan di dialam kitab sullam sibyan Perkara yang diharamkan ketika dalam hadas kecil ialah melakukan solat dan perkara yang pada maknanya solat seperti sujud tilawah dan sujud syukur dan membaca khutbah bagi yang khatib pada hari jumaat Tawaf Menyentuh Al Quran walaupun dalam keadaan berlapik sekalipun.  Menanggung Al Quran atau membawany juga haram bagi orang sedang berhadas kecil. Menanggung Al Quran walupun satu huruf sekalipun melainkan sekiranya darurat dikhuatiri Al Quran terbakar 

Apakah erti Hadas Kecil dan hadas besar?

Image
Apakah itu hadas kecil dan hadas besar? Secara ringkasnya hadas kecil itu boleh diertikan sebagai sebab yang membatalkan bercuci (Toharah) yang mewajibkan seseorang itu berwuduk. Hadas Kecil seperti Buang Air Besar  Buang Air kecil  Kentut Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi tanpa berlapik Menyentuh Zakar atau faraj Kenapa ia dinamakan sebagai hadas kecil? Menurut ulamak ia disebutkan sebagai hadas kecil kerana tanggungjawab menghilangkannya lebih ringan berbanding hadas besar. Adapun hadas besar pula bermaksud sebab yang membatalkan bersuci (taharah) yang mewajibkan ia mandi wajib. Contoh hadas besar ialah Keluar Air Mani,Darah Haid, Darah Nifas dan Wiladah (beranak). Terima kasih atas bacaan semua berkenaan pengertian hadas besar dan hadas kecil secara ringkas. Semoga Allah mengurniakan kita dikalangan orang yang bersih dan sentiasa  dalam keadaan berwuduk apabila kita dalam hadas kecil dan mandi wajib apabila ia ditimpa hadas besar. ...

Apakah Hukum Main Kutu

Image
Apakah hukum main kutu? . Perkongsian pada kali kami akan memuatkan apakah hukum bermain kutu serta pandangan para ulamak berkenaan main kutu. Sebelum kita bicara berkaitan hukum main kutu, ada rasa eloknya kita tahu apakah itu main kutu? secara fahamnya menurut tradisi masyarakat kita di Malaysia, kutu boleh didefinasikan sebagai wang atau manfaat lain yang disumbangkan setiap bulan oleh setiap orang, mengikut giliran ,serta mereka yang menyertai permainan kutu ini akan mendapat bahagian masing-masing. Dalam erti kata lain, kutu ini adalah konsep "aku pinjamkan dulu, nanti huma (kamu) pulak bagi pinjam kat aku sebagai sayarat" walaupun ia tidak berlafaz. Apakah hukum bermain kutu? Pendapat muktamad di dalam mazhab kita syafie mengatakan haram kutu sekiranya tidak berlafaz. Malah disebutkan di dalam kitab muktabar di dalam mazhab syafie iaitu kitab Nihayatul Muhtaj mengatakan ;   Tujuan utama memberikan pinjaman ini ialah untuk berlaku ehsan, jadi apabila ada sy...

Hukum Membaca Bismillah di awal Khutbah

Image
Dalam Islam dianjurkan untuk membaca bismillah ketika akan permulaan setiap amal yang baik. Namun yang sering kita dengar khatib memulakan khutbah dengan membaca alhamdulillah. Bukan membaca bismillah. Bagaimanakah hukum membaca  bismillah diawal khutbah? Jawapannya: Sah khutbahnya tetapi bidaah seperti mana yang disebutkan dalam kitab bughyah.

Siapakah Banu Qantura' ?

Image
Maksud hadis : Tidak akan berlaku kiamat  sehingga kalian memerangi kaum yang seliparnya diperbuat daripada bulu-bulu. Dan tidak akan terjadinya qiamat sehingga kamu kalian memerangi satu kaum seakan mukanya seperti perisai yang tebal (kulit wajah yang tebal), kecil matanya (sepet)  kepek hidungnya.  اخرجه الخمسة  Ertinya diriwayatkan oleh lima perawi hadis Abu Daud, Tirmizi, Imam Nasaei, Ibn Majah, Imam Ahmad ibn Hanbal. Keterangan dan Huraian Hadis pada gambar di atas menunjukkan berkenaan ciri-ciri Bani Qantura' iaitu wajah yang lebar mata yang sepet dan hidung yang besar. Ulamak mengatakan bahawa bani Qantura' ini ialah daripada bangsa  turk  seperi mana yang disebut dalam riwayat  al bukhari  iaitu : لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون الترك Tidak akan berlaku kiamat sehingga kaum muslimin bangkit memerangi bangsa turk. Dari hadis sahih ini, dapat disimpulkan bahawa ; 1. Yang dimaksudkan bani qantura' itu ialah bansa  turk.  Imam Bukh...

Cara Mengangkat Tangan Ketika Takbiratul Ihram

Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram seringkali kita melihat seseorang yang akan melakukannya mengangkat kedua tangannya dengan cara yang berbebeza. Kadang-kadang cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram  tidak menepati dengan hadis rasulullah dan pendapat dalam mazhab kita syafie. Sebenarnya bagaimanakah cara  mengangkat tangan ketika takbiratul ihram? Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram adalah sebagai berikut:   1. Mengangkat kedua telapak tangan dalam keadaan terbuka ke arah kiblat  2. Sejajarkan jari-jari tangan dengan menempatkan pada atas telinga  3. Sedangkan ibu jari dekatkan pada cuping (tempat anting-anting) telinga, dan telapak tanganya disejajarkan dengan bahu. 4.Jari-jari selain jari ibu hendaklah dibengkokkan sedikit  ke arah kiblat 5. Renggangkan sedikit antara jari dengan jari yang lain. Cara mengangkat tangan ketika takbiratul ihram bagi orang yang tangannya terpotong   seperti disebutkan di dalam kitab ...

ADAB DAN SUNNAH DI AIDIL FITRI

ADAB DAN SUNNAH DI AIDIL FITRI Ramadhan sudah melabuhkan tirai. Semoga amal ramadhan kita diterima oleh Allah SWT.  Mari kita sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT . Moga kita  dikurniakan darjat ketaqwaan seperti yang disebut di dalam Al Quran لعلكم تتقون . Bersempena hari raya yang makin tiba ini saya kemukakan beberapa adab-adab dan perkara sunnah ketika di aidilfitri. Moga ia dapat memandu kita semua menjadi umat islam yang sentiasa diberkati bersungguh untuk melakukan amalan-amalan sunat ketika dihari raya aidil fitri. 1.Menjadikan malam raya untuk melipat gandakan ibadah Hadis Nabi SAW: من أحيا ليلتي العيد، لم يمت قلبه. يوم تموت القلوب "Siapa yang menghidupkan malam du...

KISAH YAHUDI MEMELUK ISLAM KERANA AL QURAN

Imam Baihaqi menceritakan dalam kitab dalailul nubuwwah yang diceritakan oleh Yahya bin Aksam : satu hari khalifah Ma'mun Ibn Rasyid menjemput para ilmuwan yang berlainan bidang untuk di adakn satu diskusi serta perbincangan ilmiah . Antara yang hadir ketika itu seorang lelaki yang berpenampilan kemas, segak dan wangian yang harum . Ketika majlis itu lelaki tersebut banyak menyuarakan sesuatu pandangan, idea , saranan dan berwawasan dalam menyatakan sesuatu. Hal ini menyebabkan khalifah Ma'mun tertarik sangat pada lelaki tersebut. Selepas sahaja selesai diskusi tersebut, khalifah memanggil lelaki tersabut lalu bertanya , "adakah kamu orang yahudi" maka di jawab lelaki tersebut "ya, aku orang yahudi" , lalu khlifah mempelawa lelaki tersebut untuk memeluk agama islam serta lelaki tersebut di tawarkan kedudukan yang terhormat disisi orang islam, lalu lelaki tersebut berkata "itukan agama datok nenek moyangku, mustahil untuk aku tinggalkannya" . Kemud...

Tapak rumah Saidina Ayub Al Ansari

Image
Kotak berwarna hijau itu menunjukkan tapak rumah Saidina Ayub Al Ansari. Nabi SAW pernah tinggal di rumah tersebut selama 6 bulan sebelum pembinaan Masjid Nabawi. Gambar: معالم المدينة النبوية

Keistimewaan Masjid Quba

Image
Ia adalah masjid pertama yang dibina oleh rasulullah SAW dan Para Sahabat. Firman Alla SWT berkenaan Masjid Quba' dan Para Penduduk Quba ۚ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). -Surah At-Taubah, Ayat 108 Adalah *sunat muakkad* untuk datang ke Masjid Quba' pada hari sabtu sekiranya tidak ada halangan dan keuzuran ke atas kita, maka hari lain juga sudah memadai. Disebut dalam hadis riwayat bukhari dan muslim yang mafhumnya ; " sesungguhnya rasulullah saw selalu datang ke masjid quba...

Tempat dan waktu mustajab berdoa di Masjidil Haram

Image
Tempat dan waktu mustajab berdoa di Masjidil Haram Catatan ringkas utk para jemaah di masjidil haram 1. Multazamالملتزم Terletak di antara hajarul aswad dan pintu kaabah. Kadarnya sepanjang 2 meter daripada hajarul aswad. Dinamakan juga tempat ini sebagai tempat mustajab akan segala permintaan dan hajat. Ia adalah tempat khusus khusus berdoa.Multazam adalah tempat diperkenankan doa, disunatkan ke atas kita supaya menempelkan dada, pipi dan lengan serta tapak tangan kita di bahagian multazam.Begitulah perbuatan rasulullah terhadap seperti di riwayatkan oleh Abdullah bin Amr.  Disebutkan juga dalam hadis riwayat Ad Dailami "setiap  doa yang dipinta  di Multazam,pasti akan dierkenankan" Imam syafie sendiri apabila hendak meninggalkan kaabah, beliau suka akan berhenti di Multazam kemudiaan beliau berkata اللھم ان البيت بيتك والعبد عبدك 2. Hajarul Aswad Sudah pastinya ia adalah tempat mustajab doa. di sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al qadhi fudhail iyad dalam k...

Kahak hingus batal puasa ?

Soalan: Slam Ust..nk tnye kalu kita telan kohok batal tak?Boleh ke kte brpegang dok batal kalau kohor dok tubek agi kte telan..lg2 tgh selsema.. Jawapan: Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: النخامة ان لم تحصل في حد الظاهر من الفم لم تضر بالاتفاق Maksudnya: Hingus/kahak sekiranya tidak sampai kepada bahagian yang zahir daripada mulut(awal lidah) maka ianya tidak memberi mudharat (membatalkan puasa) secara sepakat. Kitab syarah muhazzabb Akan tetapi sekiranya sudah keluar masuk pada bahagian mulut, kemudian ia menelan semula secara sengaja. Maka batal puasanya.

Syak dalam solat

فليطرح الشك واليبن على مااستيقن. Maka hendaklah menghilangkan segala syak/keraguan itu dengan membuatkan keputusan berdasarkan keyakinan. Lafaz  فليطرح dan وليبن dalam hadis ini adalah fi'il mudhari' yang di serta kan lam Al-Amr yang menunjukkan perintah wajib bagi setiap orang yang syak dalam solat dengan menghilangkan syak tersebut dengan membuatkan keputusan berdasarkan apa yang diyakinkan .

Beliau puasa kaffarah, kemudian beliau tak mampu pada pertengahan puasa. Apakah solusinya?

Tadi anak murid saya bertanya berkenaan puasa kaffarah. Sekiranya seorang itu dia berpuasa dua bulan berturut-turut kerana melakukan persetubuhan dalam bulan ramadhan. Kemudian dalam tempoh puasanya tersebut dia tidak mampu untuk laksanakan. Jadi, adakah perlu dia(suami) perlu utk ulang semula puasa tersebut kerana puasa itu perlu berturut-turut? Jawapan saya: selagi mampu berpuasa tidak terus harus pergi kepada memberi makan fakir miskin. Hanya apabila tidak mampu berpuasa barulah boleh berpindah kepada memberi makan. Maksud tidak mampu ialah; dengan berpuasa menyebabkan kepayahan pada diri yang tidak terpikul pada kebiasaannya. Jika dalam tempoh dua bulan seseorang itu mendapati ia hanya mampu untuk berpuasa pada sebahagian harinya sahaja (yakni tidak mampu mencukupkan dua bulan), ia dikira tidak mampu secara keseluruhannya dan boleh terus berpindah kepada memberi makan fakir/miskin.

Apakah hukum membaca yasin malam jumaat?

Tidak ada larangan untuk membacanya, malah akan dapat pahala. Imam As Suyuti menyebutkan dalam kitab خصوصيات يوم الجمعة , belia menukilkan hadis yang telah di bawa oleh al imam al baihaqi iaitu: من قراء ليلة الجمعة حم الدخان ويس اصبح مغفورا له Maksudnya ialah barang siapa yang membaca pada malam jumaat surah ad dukhan dan yasin, maka akan terampun dosanya. Jadi, malam jumaat dipilih kerna ia adalah penghulu kepada semua hari dan penuh keberkatan.

Adakah boleh berzikir secara jemaah selepas solat fardhu?

Sunat dan sabit dengan dalil: "بسبحونك ويكبرونك ويحمدونك ويمجدونك" Mereka bertasbih, bertakbir, bertahmid serta mengagungkanMu (Riwayat Bukhari) 1. Perkataan yang disebut dalam hadis di atas adalah dalam bentuk jamak (ramai/banyak) 2. Jadi, hadis ni nak menunjukkan kepada kita bahawa keutamaan majlis zikir, kelebihan zikir 3. Imam Nawawi membuat satu bab khusus bertajuk keutamaan halaqah zikir di dalam kitabnnya Riyadus Solihin dan meletakkan hadis di atas sbg hadis yang pertama. Adapun zikr secara nyaring @ jahar sabit dalam hadis bukhari muslim yang berbunyi  daripada Ibn Abbas: رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من ...

Apakah hukum solat jamak jumaat dengan solat asar?

Di dalam mazhab syafie  kitab  Mughni Al Muhtaj menyebutkan ﻭ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺠ‍‍ﻤ‍‍ﻌ‍‍ﺔ ‍ﻛ‍‍ﺎ‍ﻟ‍‍ﻈ‍‍ﻬ‍‍ﺮ ‍ﻓ‍‍ﻲ‍ ‍ﺟ‍‍ﻤ‍‍ﻊ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺘ‍‍ﻘ‍‍ﺪ‍ﻳ‍‍ﻢ‍ ‍ﻛ‍‍ﻤ‍‍ﺎ ‍ﻧ‍‍ﻘ‍‍ﻠ‍‍ﻪ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺰ‍ﺭ‍ﻛ‍‍ﺸ‍‍ﻲ‍ ‍ﻭ‍ﺍ‍ﻋ‍‍ﺘ‍‍ﻤ‍‍ﺪ‍ﻩ‍ ‍...

Apa beza masjid jamik dan masjid ghairu jamik? Adakah sah beriktikaf pada kedua-dua masjid tersebut.

"Rukun keempat ialah tempat yang digunakan untuk beriktikaf dan syaratnya ialah masjid seperti yang disebutkan sebelum ini. Tetapi masjid Jamik itu adalah lebih utama utk beriktikaf di dalamnya supaya orang yang beriktikaf itu tidak perlu keluar lagi utk mengerjakan solat jumaat . Lagi pun mereka yang solat di masjid jamik adalah lebih ramai" Rujukan: Kifayatul Akhyar

Adakah sunat imam memanjangkan ruku' jika dia merasakan ada orang lain yang akan turut solat berjemaah.

Ya, sunat. Dalam pendapat yang palung sahih disisi mazhab syafie di dalam kitab karangan Imam Syairazi dan ada juga di sebut dalam kitab Majmuq bahawa imam disunatkan secara mutlaq menunggu makmum masbuq dengan beberapa syarat: 1. Makmum berada dalam masjid ketika imam menantinya dalam solat 2. Imam tidak menunggu terlalu lama 3. Penantian itu hendaklah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, bukan semata menjaga hati makmum. Tidak boleh membezakan seorang dengan seorang yang lain.

Berserah pada Allah

قال العلماء اليقين بالله اذا انقطعت به الاسباب Yakin kepada Allah , apabila sudah habis kesemua ikhtiar.